MIDA dan Perodua tingkatkan vendor tempatan dalam dunia digitalisasi

oleh HEZERI SAMSURI|
Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Perodua telah berganding bahu melalui perkongsian strategik mereka dengan Program Ekosistem Transformasi Digital MIDA-Perodua untuk menaiktaraf pembekal automotif tempatan ke peringkat seterusnya melalui teknologi dan jentera termaju serta meningkatkan penggunaan digitalisasi proses pembuatan mereka dengan menggunapakai Industri 4.0.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MIDA, Datuk Arham Abdul Rahman, inisiatif MIDA ini memberikan kemudahan kepada syarikat-syarikat menggunapakai pendigitalan dan Industri 4.0 dan menyumbang kepada pertumbuhan besar pembuatan Perodua, melalui pemerkasaan rakan kongsi industri dan penyedia perkhidmatan mereka.

Program Ekosistem Transformasi Digital MIDA-PERODUA adalah sejajar dengan usaha kerajaan untuk meningkatkan aktiviti pembangunan ekosistem teknologi tempatan dari segi rantaian bekalan dan nilai, aktiviti penyelidikan dan pembangunan serta inovasi dan pengkomersilan, ujar Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Sri Zainal Abidin Ahmad.

Fasa pertama projek ini telah melahirkan tiga rakan niaga Perodua yang berpotensi, LSF Technology Sdn.Bhd., J.K. Wire Harness Sdn. Bhd. dan Autoliv Hirotako Safety Sdn. Bhd. 

Syarikat-syarikat ini juga telah diberikan Dana Strategik Pelaburan Domestik (DISF) sebagai sebahagian daripada inisiatif Kerajaan untuk membantu syarikat tempatan memasuki rantaian bekalan global.

Dana tersebut mempunyai tahap bantuan maksimum sehingga RM10 juta untuk setiap syarikat.

Selain dari itu, MIDA dan Perodua telah mengenalpasti lima lagi syarikat yang menunjukan potensi untuk berkembang. Lima syarikat tersebut ialah Armstrong Auto Parts Sdn. Bhd., Ingress Aoi Technologies Sdn. Bhd., Namicoh Suria Sdn. Bhd., P.D. Kawamura Kako Manufacturing Sdn. Bhd. dan Kumpulan Jebco (M) Sdn. Bhd.

 

Berita Berkenaan

Pelancaran
Kerjasama itu membolehkan Public Bank mengantaramuka dan memudahkan digitalisasi melalui…
Berita Domestik
- Ujian yang dilakukan di Jepun itu ialah ujian pengawalan (regulation test) untuk melepasi…
Berita Domestik
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad menjelaskan masalah tersebut…