Microsoft umum pelaburan dalam Grab

oleh HEZERI SAMSURI|
Microsof Corp telah mengumumkan ia akan melabur di dalam syarikat e-hailing terbesar Asia Tenggara, Grab.

Pelaburan itu dilakukan agar Microsoft boleh bekerjasama dengan Grab untuk projek-projek teknologi mereka, termasuk projek data raya (big data) dan Artificial Intelligence.

Grab sebelum ini dilaporkan sedang mencari pelaburan bernilai US$3 billion sehingga hujung tahun ini dan US$2 billion sudah dicapai.

Antara pelabur lain ialah Toyota Motor Corp (US$1 billion) dan Vulcan Capital, milik pengasas Microsoft, Paul Allen.

Grab yang berpengkalan di Singapura telah berjaya meluaskan pasaran mereka ke 235 bandar-bandar di lapan negara di Asia Tenggara selepas enam tahun beroperasi.

Grab mahu menjadi sebuah syarikat teknologi yang mempunyai perkhidmatan penghantaran barang dan makanan, pemindahan wang secara elektronik, pinjaman kredit mikro dan pembayaran mobil.

Grab akan bekerjasama dengan Microsoft untuk pembangunan sistem mobile facial recognition, pengenalan imej dan teknologi imej komputer bagi memperbaiki mutu penghantaran.

Contohnya, penumpang Grab boleh mengambil gambar lokasi mereka sekarang dan ia akan diubah secara otomatik kepada bentuk alamat untuk pemandu Grab. Ini sangat membantu bila anda berada di kawasan asing.

Grab juga akan menggunakan platform Microsoft Azure untuk menggantikan platform cloud yang sedang digunapakai olehnya sekarang.

Microsoft bagaimanapun enggan mengulas jumlah pelaburan mereka di dalam Grab.

 

 

Untuk yang tidak tahu, pengasas Grab ialah Anthony Tan dari keluarga Tan Chong. 

Selepas tamat pengajian beliau di Havard Business School, Anthony dijangka akan menyertai abang-abangnya di Tan Chong Motors yang menjaga Nissan dan Renault di Malaysia.

Anak muda itu ternyata lebih mahukan sesuatu yang baharu dan memulakan perniagaan My Teksi yang mempunyai pejabat di dewan pameran Renault di Petaling Jaya. 

Selepas Uber memasuki negara, beliau mengubah konsep perniagaan dan menghasilkan Grab. Suntikan modal oleh Temasek Holdings dari Singapura terus membawa mereka maju ke hadapan.

Anda boleh katakan seperti Air Asia, Grab ialah satu lagi hasil anak tempatan.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut kenyataan Grab Malaysia, perkhidmatan Women-Only Rides (Beta) direka khas bagi memadankan…
Berita Domestik
Cadangan ini dikemukakan oleh Grab Malaysia melalui projek rintis Proof of Concept yang melibatkan…
Berita Domestik
“Kalau kita boleh jadikan keselamatan sebagai budaya nasional, ia bukan sahaja baik untuk…