Produk tayar baharu untuk pengguna SUV ini menjanjikan pengalaman pemanduan yang lebih selamat berbekalkan pelbagai teknologi baharu Michelin yang serba baharu dan diperhalusi.
Antara ciri teknologi baharu yang dimuatkan termasuklah:
- rekaan dinding sisi 'Michelin Premium Touch' dengan tekstur mikro umpama baldu yang meningkatkan aspek estetika sesebuah SUV
- kandungan silika dan polimer yang lebih tinggi untuk meningkatkan prestasi brek di jalan basah dan kering tanpa berkompromi dari segi jarak perbatuan dan rintangan golekan
- MaxTouch ConstructionTM yang menjamin tahap kehausan tayar yang sekata, serta jangka hayat bunga tayar yang lebih lama

Michelin Primacy SUV+ turut menampilkan teknologi yang dinaiktaraf seperti rekaan alur berbentuk U, blok bunga tayar dengan permukaan serong, serta sisip StabilitiGrip untuk prestasi brek di jalan basah dan kering yang lebih cemerlang.
Tayar Michelin Primacy SUV+ ini boleh didapati dalam 26 dimensi termasuk tujuh yang baharu untuk tayar bersaiz 16 hingga 20 inci. Maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman web https://www.michelin.com.my/