MICHELIN MALAYSIA BAWAKAN TAYAR BASIKAL PREMIUM KE PASARAN TEMPATAN

oleh Hamimah Hamid|
MICHELIN Malaysia kini muncul dengan produk baharu iaitu tayar basikal premium untuk pasaran Malaysia.

Menerusi kerjasama dengan rakan pengedar tempatan, Cyclistic Malaysia itu, Michelin Malaysia berhasrat untuk merevolusi pengalaman para penunggang basikal di seluruh negara.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Katalog tayar basikal Michelin merangkumi Michelin Power Cup Competition Line yang mana ia sesuai untuk digunakan pada sesi perlumbaan atau latihan.

 

Tayar jenis ini diilhamkan oleh teknologi MotoGP berciri ringan untuk kelajuan dan efisien.

Tayar yg tampal slick sesuai utk mereka yg meminati basikal

Bagi tayar Michelin Wild Enduro Front Racing Line pula, ia dirumus untuk penunggang menguasai semua jenis landasan.

 

Ia dikhaskan untuk dipasang di roda hadapan, tapi juga boleh dimuatkan di roda belakang bagi menambah daya cengkaman.

 

Selain itu, ia turut dilengkapi kombinasi antara bunga tayar Magi-X DH dan Down Hill Shield, sekali gus memberikan lebih daya cengkaman.

 

Seterusnya ialah Michelin Wild Am Performance Line, diperkuatkan dengan “Bead To Bead Protection yang mengoptimumkan rintangan terhadap kebocoran.

 

Bunga tayarnya dijuruterai untuk meningkatkan cengkaman, terutamanya di roda hadapan, manakala selongsong “Trail Shield”menjamin tahap keselamatan dan prestasi yang berpanjangan dengan struktur binaan 4×60 TPI.

 

Pengarah Urusan Michelin Malaysia, Singapura dan Brunei, Prichapakorn Dangrojana berkata, produk-produk tersebut akan menaik taraf pengalaman menunggang merentasi landasan-landasan yang baharu dan mencabar.

 

"Produk ini juga menawarkan prestasi dan cengkaman yang mereka perlukan, disumbang oleh teknologi tayar basikal yang paling inovatif pernah disaksikan setakat ini.” katanya.

 

Tayar basikal premium berprestasi tinggi keluaran Michelin kini boleh didapati di tujuh outlet Cyclistic serta lokasi-lokasi pengedar di sekitar kawasan Lembah Klang.

Tayar basikal merchalin yg berevololusi

Untuk harga, tayar-tayar basikal Michelin ini boleh dimiliki pada harga seperti yang tertera di bawah:

 

Michelin Power Cup Competition Line: RM240 – RM315

Michelin Wild Enduro Front Racing Line dan Michelin Wild Am Performance Line: RM105 – RM290

 

Maklumat lanjut boleh layari https://www.michelin.com.my/bicycle-malaysia.

 

 

 

 

Penulis: Firdaus Razani