Michelin lancar tayar trak X Multi T2

oleh Mohamad Hanif|
Michelin baru-baru ini melancarkan produk tayar trak baharu Michelin X Multi T2 disasarkan kepada syarikat perkhidmatan pengangkutan barang yang mementingkan tahap keselamatan serta mengoptimumkan kos dan produktiviti.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Selain daripada itu, Michelin juga turut mengurangkan penggunaan jumlah bahan yang digunakan dalam pembinaan tayar, sekaligus menjadikannya lebih mesra alam.
 

X Multi t2


Antara ciri lain yang dimuatkan pada produk tayar X Multi T2 adalah:

  • lapisan 'crown plies' diperkukuh - meningkatkan daya tahan 26 peratus terhadap pelbagai jenis bahaya
  • teknologi MICHELIN Regenion - membekalkan kos perbatuan yang lebih rendah, serta jangka hayat yang lebih panjang, serta cengkaman yang lebih baik

Rekaan bunga tayar baharu Michelin X Multi T2 ini membolehkan ia mencapai ciri ketegaran yang lebih tinggi, kadar kestabilan ditambahbaik sebanyak 10 peratus, serta perlindungan daripada penggunaan yang agresif terima kasih kepada penggunaan formulasi campuran getah baharu.
 

X Muti T2


Selain itu, penggunaan bahan baharu itu mampu mengurangkan kerosakan, selain membolehkan tayar tersebut dicelup dengan lebih baik untuk meningkatkan jumlah perbatuan dengan meminimumkan kesan kehausan yang tidak sekata pada bunga tayar.

Produk tayar Michelin X Multi T2 disediakan dalam dimensi 11R22.5 dan boleh didapati di semua pusat pengedar tayar trak dan treler Michelin di seluruh negara.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Van yang dilengkapi tayar prototaip itu telah memulakan perjalanan pertamanya dari pejabat DHL…
Berita Domestik
Acara tahunan ini akan menyaksikan gamer dari Malaysia bertempur dengan peserta-peserta dari negara…
Berita Global
  Dari segi spesifikasi, MICHELIN x Bamford B347 Pilot Sport adalah jam kronograf satu butang…