Michelin dedah rekaan tayar tanpa tekanan udara, bakal dipasang pada model GM

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Rekaan tayar tidak semestinya kekal pada satu-satu rekaan semata-mata. 

Bermula dari rekaan zaman batu yang memudahkan pergerakan dari titik A ke titik B, ia kemudian berevolusi menjadi sebuah komponen yang sangat penting di dalam bidang automotif. 

Terbaharu, Michelin dan GM telah mendedahkan sebuah prototaip tayar baharu tanpa memerlukan tekanan udara yang digelar sebagai Unique Puncture-proof Tire System (Uptis).

Rekaan Uptis menggandingkan penggunaan bahan getah komposit, resin dan gentian kaca yang mampu memberikan kualiti pemanduan yang stabil dan selesa - walaupun rekaannya sedikit kurang meyakinkan. 

Namun usah risau kerana menurut Michelin, ia berfungsi sama seperti sebuah tayar konvensional dan akan mula diuji pada Chevrolet Bolt menjelang penghujung tahun ini. 
 


Manakala versi produksi massa pula dijangka boleh digunakan sepenuhnya menjelang tahun 2024, namun GM tidak mendedahkan mana-mana model yang bakal dilengkapkan dengan tayar Uptis ini. 

Bahkan GM turut memberikan bayangan bahawa ia akan lebih praktikal jika digunakan pada kenderaan elektrik serta kereta swa-pandu yang mengurangkan produksi tayar yang mencemarkan alam sekitar sekaligus menyahkan peranan tayar simpanan pada sesebuah kereta.

Dengan adanya Uptis, anda mungkin boleh mengucapkan selamat tinggal kepada igauan ngeri masa lalu (tayar bocor, tayar pecah dan tayar menggelembung). 


 

Sumber: Engadget