Michelin anjur pameran tayar motosikal secara maya

oleh Mohamad Hanif|
Susulan kejayaan edisi pertama, pameran Michelin Motorcycle Tyre Virtual Exhibition kini memasuki edisi kedua dengan bertemakan 'The Journey Continues', dan antaramuka yang lebih interaktif untuk menarik minat pengunjung.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Acara yang berlangsung dalam talian ini dibuka 24 jam setiap hari sehingga akhir tahun 2021.

Antara rangkuman baharu yang dapat disaksikan dalam pameran maya ini adalah panduan The Michelin Guide yang memperlihatkan pengaruh Michelin sebagai perintis di luar dunia tayar, termasuk sejarah penglibatan Michelin dalam FIM MotoE World Cup.

Michelin Motorcycle Tyre Virtual Exhibition menampilkan enam dewan maya yang berbeza iaitu:

  • The Michelin Guide - pengalaman kulinari
  • Launch Area - 2 produk baharu yang dilancarkan iaitu Michelin Anakee Street & Michelin Road Classic
  • Product Display - informasi produk tayar motosikal Michelin
  • Technology & Performance - teknologi canggih dengan konsep rekaan baharu
  • MotoGP™ & Motorcycle Racing Strategy - pameran hubungan jangka panjang Michelin dan MotoGP serta MotoE
  • Partnership with Original Equipment Manufacturers - usaha sama antara Michelin dan pengeluar motosikal dunia

Anda boleh menikmati kandungan yang ditawarkan dalam enam bahasa, iaitu Bahasa Inggeris, Thailand, Indonesia, Jepun, Korea dan Vietnam menerusi laman web motorcycletyreexhibithall.michelin.asia

Berita Berkenaan

Berita Global
Van yang dilengkapi tayar prototaip itu telah memulakan perjalanan pertamanya dari pejabat DHL…
Berita Domestik
Acara tahunan ini akan menyaksikan gamer dari Malaysia bertempur dengan peserta-peserta dari negara…
Berita Global
  Dari segi spesifikasi, MICHELIN x Bamford B347 Pilot Sport adalah jam kronograf satu butang…