Michael Schumacher tunjuk tanda positif, masih tonton F1 - bekas bos Scuderia Ferrari

oleh Mohamad Hanif|
Michael Schumacher, bekas pelumba F1 yang bersara pada tahun 2012 dan mengalami kemalangan yang hampir meragut nyawanya pada 2013 kini sudah mula menunjukkan tanda-tanda positif.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut bekas bos pasukan Scuderia Ferrari dan presiden FIA, Jean Todt menyifatkan Schumacher 'kuat semangat' dan tidak pernah berputus asa. 

Malah, beliau turut mendedahkan ketika lawatannya tempoh hari ke rumah lagenda F1 itu, beliau bersama-sama Schumacher menghabiskan masa sambil menonton siaran langsung German Grand Prix, akhbar The Sun melaporkan. 

Pun begitu, menurut Todt, Schumacher masih lagi mengalami kesukaran untuk berkomunikasi. 

Pengarah Urusan F1, Ross Brawn dalam satu kenyataan turut menyatakan sokongan terhadap keluarga Schumacher yang berusaha menjaga keadaan bintang tersebut. 

"Tidak banyak informasi yang didedahkan oleh keluarganya selama ini, kerana Schumacher itu sendiri merupakan seorang yang amat pentingkan privasi."

Sumber: The Sun

Berita Berkenaan

Berita Global
Majalah tersebut, Die Aktuelle edisi 15 April 2023 memaparkan tajuk "Wawancara Pertama" dengan…
Sukan Bermotor
Ketua pasukan Mercedes, Toto Wolff dalam satu kenyataan menjelaskan, "Mick merupakan seorang…
Informasi
“Kereta luar biasa ini mencatat rekod dunia untuk harga jentera F1 era moden,” kata jurulelong…