MG X-Motion - bukti syarikat China dalam memelihara legasi British!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Pada mulanya artikel tentang MG ini tidak berniat untuk ditulis dan hanya dipandang sepintas lalu. Entah kenapa selepas ke laman lain, terasa seperti mahu patah semula dan menulis tentangnya.

Syarikat Morris Garages (MG) ini sebenarnya tidak mempunyai kehadiran di negara kita selepas operasi tempatan dihentikan berbelas tahun dahulu.

Walaupun tiada sokongan rasmi, masih terdapat pemilik tempatan yang setia dengan MG dan berjaya menjaganya dengan baik.

Sejak 2006, MG telah dimiliki oleh SAIC Motor dan pembelian oleh syarikat China pada waktu itu agak menggemparkan industri automotif antarabangsa.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
MG X-Motion Concept

 

Walaupun tidak meletup-letup seperti Volvo atau Range Rover selepas dimiliki syarikat luar namun SAIC tetap menyokong MG dengan model-model baharu.

Ini juga salah satu sebab kenapa saya berpatah kembali untuk membaca berita asal tentang model konsep X-Motion yang dipertontonkan di Pameran Kenderaan Antarabangsa Beijing 2018.

Memang sekarang ialah musim SUV dan nampaknya model konsep MG ini tidak kalah dengan pesaing lain. Bentuknya tampak antarabangsa dan boleh pergi jauh jika dikeluarkan kelak.

X-Motion direka berdasarkan falsafah gayaan MG yang dikenali sebagai Emotional Dynamism yang pertama kali diperkenalkan pada model kereta sport konsep pertama syarikat iaitu MG E-Motion.

Olahan gayaannya nampak seperti Mazda tetapi lebih 'sibuk' dan menyerlahkan lagi imej SUV ini. Lampu LED depan dan belakang pula menyerlahkan lagi imej premium pada SUV ini.

 

MG X-Motion Concept

 

SUV ini sebenarnya adalah model terbesar dalam barisan kenderaan MG yang dikenali sebagai MG Range Captain. Ia bukan projek SUV biasa-biasa kerana turut bakal dilengkapi dengan nadi kuasa elektrik.

Walaupun hadir dengan imej gorgeous, MG masih belum memutuskan sama ada mahu memasarkannya kelak ke United Kingdom, tempat kelahiran jenama ini sendiri.

Tidak pasti kenapa tetapi untuk pasaran lain seperti Malaysia rasanya MG boleh membuat comeback dengan baik melalui perancangan dan pelaburan yang betul. Apatah lagi apabila MG sudah bertapak di Thailand.

Memandangkan MG adalah milik konglomerat China, seperti biasa harga model-modelnya dijangka kompetitif selain menawarkan pilihan yang baik kerana ia membawa imej British.

Lebih mudah berbanding jenama baharu China yang memerlukan kos dan masa untuk membina penjenamaan positif.

Tidak kiralah apa pun, MG X-Motion ini memang cantik!

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

MG X-Motion Concept

Berita Berkenaan

Berita Global
  MG4 bukan sekadar EV biasa. Terbaru MG Motor UK mengumumkan MG4 EV XPOWER adalah model produksi…
Berita Global
Menjadi pencabar kepada Honda HR-V, Toyota Corolla Cross dan Nissan Kicks, MG VS HEV dikuasakan…
Berita Global
MG sudah hadir di Indonesia dengan dua model SUV mereka, MG ZS dan MG HS. Tidak mustahil ia akan…