MG Motor Malaysia Tawan Johor Bahru Dengan Pameran Sulung

oleh Qalif Latif|
MG Motor Malaysia bakal melakar sejarah dengan menganjurkan pameran sulungnya di wilayah selatan, membawa pengalaman jenama MG secara terus kepada penduduk Johor Bahru. Pameran bertemakan “Dare to Love” itu akan berlangsung di North Court, Aras Bawah, The Mall, Mid Valley Southkey, Johor Bahru bermula 6 hingga 10 Ogos 2025 dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Antara tarikan utama yang dipamerkan termasuklah sedan bergaya MG5, SUV elektrik moden MGS5 EV, dan bintang utama iaitu roadster elektrik MG Cyberster yang ikonik. Bagi yang ingin merasai sendiri teknologi pintar MG, pengunjung berpeluang memandu uji MG5, MG4, MG HS, MGS5 EV serba baharu serta MG Cyberster.

Sepanjang acara ini, pelanggan yang membuat tempahan untuk MG Cyberster akan menerima pakej eksklusif termasuk:

  • Pengecasan tanpa had selama setahun melalui JomCharge dengan fungsi AutoCharge,

  • Pengecas AC Wallbox 7kW percuma, dan

  • Model diecast MG Cyberster edisi terhad.

MG turut menawarkan harga istimewa untuk MGS5 EV – bermula daripada RM109,900 bagi varian 49kWh MGS5 EV COM, dan RM119,900 untuk varian 62kWh MGS5 EV COM Long Range. Selain itu, rebat sehingga RM7,000 disediakan bagi pembelian MG5, manakala MG4 boleh dimiliki dengan pelan ansuran bulanan serendah RM974.

MG yang sinonim dengan reka bentuk menawan dan teknologi pintar terus mengekalkan misi menjadikan mobiliti elektrik lebih mudah diakses oleh semua. Ini adalah peluang terbaik untuk penduduk Johor merasai sendiri pengalaman pemanduan MG yang unik dan berbaloi.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Acara ulang tahun bertemakan Passion To Drive di Bamboo Hills menjadi platform untuk jenama itu…
Berita Domestik
Majlis “line-off” tersebut berlangsung di fasiliti pemasangan PEPS-JV di Alor Gajah, Melaka,…
Berita Domestik
MG Motor Malaysia hari ini mengumumkan semakan harga rasmi untuk model MG S5 EV, menjadikannya…