MG lancar pikap Extender di Thailand

oleh HEZERI SAMSURI|
Jenama kereta British yang dimiliki oleh SAIC Motor Corp dari China, MG telah melancarkan trak pikap pertama mereka di dunia di Thailand.

Trak pikap MG Extender itu sebenarnya ialah trak pikap Maxus T70 yang dijenamakan semula sebagai MG. Ia juga dijual di bawah jenama Roewe (Rover) di China.

MG adalah jenama China yang kuat di Thailand dan ia mempunyai sebuah kilang pemasangan di sana.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02
extender interior

 

MG Extender menggunakan enjin 2.0-liter diesel turbo tunggal yang menghasilkan 161 hp dan 375 Nm.

Transmisi pula ialah 6-kelajuan automatik atau 6-kelajuan manual. Turut disediakan ialah pilihan 2WD untuk mereka yang tidak perlu pergi ke laluan lasak.

Walaupun Maxus T70 mempunyai varian enjin 2.0L dengan dua turbo yang mampu menghasilkan lebih dari 200 hp dan 480 Nm, ia belum lagi diwujudkan untuk MG.

 

 

MG Extender juga tidak menggunakan stereng bantuan elektrik seperti Ford Ranger, tetapi kekal dengan stereng hidraulik tradisional. 

Namun begitu, trak pikap MG ini datang dengan brek cakera untuk kesemua roda-rodanya.

Dua jenis badan dengan sembilan varian disediakan dan harganya bermula dari RM75,000 sehingga RM140,000.

Jenama MG masih tidak lagi dijual di Malaysia tetapi dengan Geely/Proton yang berjaya membuka mata pengguna tempatan mengenai produk China, tidak mustahil MG dan pelbagai jenama China yang lain akan mula memasuki pasaran negara tidak lama lagi.

*Gambar dari Bangkok Post

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Nissan merancang untuk menghentikan sebahagian pengeluaran di Loji Thailand No 1, salah satu…
Berita Global
Wanita itu dilihat dengan santai bermain telefon bimbit sambil bergerak dengan pantas di jalan raya…
Berita Global
Akibat yang tidak diingini juga telah merebak ke rantaian bekalan, di mana sekurang-kurangnya…