Ia merupakan kemunculan sulung bagi kedua-dua model tersebut di dalam acara perlumbaan motosikal selepas dilancarkan secara rasmi oleh Mforce pada separuh pertama tahun 2022.
Dalam acara tersebut, WMoto SX2-300 berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh secara keseluruhan, sementara Moto Morini X-Cape 650 X pula menamatkan perlumbaan di tempat ke-15.
Tiada sebarang aksesori tambahan atau pengubahsuaian berlebihan kecuali dengan menukar tayar dan ekzos yang lebih sesuai untuk kegunaan off-road.
Scrambler WMoto SX2-300 dibekalkan dengan enjin silinder tunggal 292.4 cc yang mampu menghasilkan kuasa setinggi 28 hp @ 9,000 rpm dan daya kilas 25 Nm @ 6,500 rpm, dipadankan dengan transmisi enam nisbah kelajuan.
Sementara jentera adventure Moto Morini X-Cape 650X dikuasakan oleh enjin parallel-twin 649 cc yang berupaya menghasilkan 60 hp @ 8,250 rpm dan daya kilas 56 Nm @ 7,000 rpm.