MForce lanjut tempoh kempen bantuan banjir sehingga 17 Februari

oleh Mohamad Hanif|
Bagi memudahkan urusan kepada mangsa banjir, MForce kini melanjutkan tempoh kempen bantuan banjir sehingga 17 Februari.

Terdahulu, kempen perkhidmatan bantuan banjir dilancarkan oleh MForce khusus buat mangsa yang terjejas, terutama di sekitar Lembah Klang bermula 23 Disember 2021 hingga 15 Januari.

Sehingga kini, sebanyak lebih daripada 500 unit motosikal yang terjejas telah diterima dan dibaiki, merangkumi penukaran minyak enjin secara percuma, pemeriksaan dan penyelenggaraan tanpa bayaran kepada pemilik motosikal berjenama SYM, Benelli, Wmoto, SM Sport, Keeway dan Brixton.

Selain daripada itu, diskaun 20 peratus juga turut diberikan ke atas alat ganti terpilih.

Para pemilik diminta untuk menghantar motosikal beserta surat sokongan ke MForce cawangan Segambut di alamat berikut:

No. 15, Jalan Segambut Atas, Taman Segambut, 51200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur.
Nombor telefon: 04-545 2222
Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat, jam 8.30am - 5.30pm

Berita Berkenaan

Pelancaran
Kesemua model ini boleh didapati di pengedar sah QJMotor di seluruh Malaysia pada awal November…
Sukan Bermotor
Ia merupakan kemunculan sulung bagi kedua-dua model tersebut di dalam acara perlumbaan motosikal…
Berita Domestik
Menurut laporan rakan media MotoMalaya, skuter yang bakal dibawa masuk secara rasmi oleh MForce itu…