MForce lancar skuter WMOTO RT2, enjin 250 cc, 22.8 hp, 22.5 Nm, RM16,888

oleh Mohamad Hanif|
MForce selaku pengedar rasmi skuter berjenama WMOTO di Malaysia telah melancarkan skuter 250 cc WMOTO RT2 2024.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Dari segi kuasa, ia didatangkan dengan enjin bersesaran 246.9 cc silinder tunggal yang mampu menjana kuasa setinggi 22.8 hp @ 7,500 rpm dan daya kilas 22.5 Nm @ 6,000 rpm.
 

WMoto


Sistem suspensi terdiri daripada fork hadapan jenis teleskopik, sementara bahagian belakang pula membawakan tetapan suspensi berkembar.

WMOTO RT2 juga turut dilengkapi dengan sistem brek cakera yang dibantu dengan sistem brek anti-kunci (ABS).
 

motio


Skuter gaya kembara itu membawakan ciri seperti cermin penghadang boleh laras, kamera perakam tunggangan (depan dan belakang), sistem kunci pintar, Alarm Key Findings, butang fungsi bercahaya biru serta sistem pencahayaan LED penuh.

Terdapat juga slot pengecasan USB yang terdapat pada ruang simpanan hadapan dan ruang simpanan bawah pelana.
 

moto


Segala info penting boleh dibaca menerusi skrin paparan jenis TFT, di mana ia turut menawarkan akses kepada sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS) untuk roda depan dan belakang.

Terdapat tiga warna pilihan iaitu Metallic Gold, Pure White dan Majectic Black. Harga jualan pula bermula dari RM16,888 tidak termasuk insurans dan cukai jalan.

 

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
SYM Maxsym mula diperkenalkan pada tahun 2020 dengan nama Maxsym TL500, ia hadir dengan kapasiti…
Pelancaran Motosikal
SYM Husky 150 didatangkan dengan dua pilihan variasi, iaitu variasi Standard dan juga variasi…
Pelancaran Motosikal
Dengan pelancaran model 1250 TR-G ini, ia mampu memberikan saingan kepada model seperti BMW 1250 RT…