MForce lancar moped WMoto F15, harga dari RM5,999

oleh Mohamad Hanif|
Mforce selaku pengedar motosikal jenama WMoto telah rasmi melancarkan produk moped terbaharu WMoto F15 untuk pasaran Malaysia, baru-baru ini.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Dikuasakan oleh enjin silinder tunggal 149.2 cc sejukan udara, ia berupaya menghasilkan 10.5 hp @ 7,000 rpm dan daya kilas 11 Nm @ 5,500 rpm yang dipadankan dengan transmisi lima kelajuan.
 

WMoto


Sistem suspensi menggunakan fork teleskopik di bahagian hadapan, diikuti dengan penyerap hentak tunggal di bahagian belakang, dibantu dengan sistem brek cakera untuk kedua-dua roda.
 

WMoto


Dari segi kelengkapan, WMoto F15 mendapat unit lampu utama LED, lampu DRL LED, lampu belakang LED, paparan meter gandingan analog dan digital, slot pengecasan USB untuk peranti pintar, kapasiti tangki sebesar 5.5 liter dan ketinggian pelana 770 mm.
 

WMoto


Harga jualan bermula dari RM5,999 dan setiap pembelian didatangkan dengan jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perbatuan 20,000 km (yang mana tiba dahulu).

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
SYM Maxsym mula diperkenalkan pada tahun 2020 dengan nama Maxsym TL500, ia hadir dengan kapasiti…
Pelancaran Motosikal
SYM Husky 150 didatangkan dengan dua pilihan variasi, iaitu variasi Standard dan juga variasi…
Pelancaran Motosikal
Dengan pelancaran model 1250 TR-G ini, ia mampu memberikan saingan kepada model seperti BMW 1250 RT…