MForce lancar jenama tempatan - SM Sport!

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

MForce Bike Holdings, syarikat yang bertanggung-jawab akan jenama-jenama Benelli, Keeway dan SYM telah melancarkan jenama ia sendiri, SM Sport.

Syarikat dari Pulau Pinang itu mengambil keputusan untuk menghasilkan jenama sendiri agar ia mampu membantu membangunkan pembuat vendor tempatan dan kemudian menggunakan sepenuhnya skim insentif cukai AFTA untuk tujuan eksport.

 

asri ahmad

 

Menurut Asri Ahmad (gambar di atas), Pengurus Besar MForce Bike Holdings, SM Sport akan menggunakan teknologi-teknologi dari rakan niaga MForce seperti Keeway dan SYM.

Model sulung SM Sport yang dilancarkan sebentar tadi diberi nama SM Sport 110R dan ia menggunakan teknologi dari syarikat Qian Jiang Motorcycle, pemilik Benelli dan Keeway.

"Sasaran penjualan kami ialah 2,000 unit sebulan, dan pada tahun 2021 kami berharapan jumlah pengeluaran SM Sport ialah sebanyak 70,000 unit setahun," terang Asri.

Produk-produk SM Sport akan melepasi piawaian UN ECE yang diguna-pakai oleh Malaysia. Piawaian Eropah itu juga akan diikuti oleh negara-negara Asean kelak.  

"Produk kami juga melepasi piawaian asap Euro 3 yang akan diwajibkan pada penghujung tahun ini," terang Omar Yani Othman (gambar di bawah), Pengurus Perancangan Produk MForce.

 

Yani Othman

 

SM Sport yang juga bermaksud Soul Motorcycle akan memberi fokus kepada motosikal kapchai dan skuter dari 110 cc kepada 150 cc.

Sasaran pasaran pula ialah untuk pembeli di kalangan pendapatan rendah dan juga yang memerlukan kenderaan kedua.

Ia akan dieksport ke negara Asean dan Indonesia bakal menjadi negara pertama untuk pasaran asing SM Sport. 

MForce akan menggunakan kilang mereka di Indonesia untuk membantu memasang dan mengedarkan produk SM Sport. Kilang tersebut digunakan untuk memasang produk SYM sekarang ini dan ia juga akan memasang produk SM Sport.

Negara-negara lain dalam pelan perkembangan syarikat termasuk Singapura, Sri Lanka, Taiwan dan sebagainya.

Untuk SM Sport 110R ini, ia mempunyai 30 peratus komponen tempatan dan ia dijangka meningkat ke 60 peratus di masa akan datang.

 

SM Sport 110R yellow

 

"Komponen-komponen kompleks seperti transmisi dan karburetor masih perlu diimport kerana kita tidak mempunyai kepakaran dan juga pasaran yang cukup luas untuk membolehkan pelaburan di dalam pembinaan tempatan kedua komponen tersebut," jelas Asri.

SM Sport akan dipasang di kilang mereka sendiri di Bukit Minyak, Seberang Perai.

Dari segi rekabentuk, input tempatan diberikan dan kerja rekabentuk dilakukan oleh Qin Jiang. Rekabentuk SM Sport 110R turut mengambil kira minat dari negara-negara Asean.

MForce nampaknya akan cuba "mengambil alih" tugas Modenas dalam usaha menghasilkan jenama tempatan dengan pembangunan vendor-vendor tempatan untuk eksport.

 

Group

 

Dengan pengalaman bersama jenama-jenama Taiwan dan China serta operasi kilang di luar negara, MForce nampaknya lebih fasih dan lebih cepat dalam menggunakan peluang dan pengalaman yang ada untuk membuka peluang perniagaan berteknologi tinggi bagi vendor-vendor tempatan seperti Kayaba, Foong Chi Industry, Heap Hong dan seterusnya.

Yang penting, tenaga tempatan diguna-pakai sebaiknya untuk menghasilkan produk yang akan dieksport ke luar negara.

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Jenama baharu, SM Sport telah melancarkan produk pertama mereka, SM Sport 110R dengan harga RM3,788…