MForce kini pengedar sah Moto Morini, pelancaran X-Cape 650 pada suku kedua 2022

oleh Mohamad Hanif|
MForce Bike Holdings Sdn Bhd telah dilantik sebagai pengedar eksklusif motosikal berjenama Moto Morini untuk pasaran Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jenama Moto Morini merupakan salah satu daripada 10 jenama motosikal terbaik di Eropah, dengan barisan model berkuasa tinggi Corsaro ZT, Corsaro ZZ, Milano dan Super Scrambler.

Pasaran Malaysia bakal menyaksikan kehadiran model pertama Moto Morini X-Cape 650 - sebuah motosikal adventure kelas pertengahan yang telah dilancarkan di peringkat global pada November yang lalu.

X-Cape 650 dikuasakan oleh enjin parallel-twin 649 cc sejukan cecair yang mampu menghasilkan 60 kuasa kuda @ 8,500 rpm dan daya kilas 56 Nm @ 7,000 rpm.

Model baharu Moto Morini ini akan mula dipasarkan pada suku kedua tahun ini, dan boleh didapati di semua pengedar sah MForce di seluruh negara.

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
SYM Maxsym mula diperkenalkan pada tahun 2020 dengan nama Maxsym TL500, ia hadir dengan kapasiti…
Pelancaran Motosikal
SYM Husky 150 didatangkan dengan dua pilihan variasi, iaitu variasi Standard dan juga variasi…
Pelancaran Motosikal
Dengan pelancaran model 1250 TR-G ini, ia mampu memberikan saingan kepada model seperti BMW 1250 RT…