BX 150 boleh didapati dalam tiga varian, iaitu versi asas, BX 150X dengan rupa paras ala-ala scrambler diikuti BX 150 R dengan penggayaan model cafe racer.
Dari segi kuasa, ketiga-tiga varian ini dilengkapi dengan enjin 149 cc pancitan bahan api yang mampu menghasilkan 11 hp @ 8,000 rpm dan 11.9 Nm @ 6,000 rpm yang dipadankan dengan transmisi lima kelajuan.
Aspek pengendalian terdiri daripada suspensi fork hadapan teleskopik dan penyerap hentak tunggal, serta sistem brek Combined Braking System (CBS) menggunakan rotor cakera depan dan belakang.

Brixton BX 150 menggandingkan reka bentuk yang klasik moden, disumbangkan dengan rekaan pelana yang rata (setinggi 770 mm), kapasiti tangki bahan api sebesar 14 liter, serta gandingan meter analog dengan speedometer digital.
Harga jualan bermula dari RM10,488.00 (BX 150 berwrana hitam dan hijau gelap), RM10,788.00 (BX 150X berwarna Hitam Matte dan Kelabu Matte) dan RM11,088.00 (BX 150R).
Setiap pembelian didatangkan dengan jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perbatuan 20,000 km yang mana terdahulu.
BX 150 2021