MForce Indonesia perlihat skuter elektrik Zeeho AE8, jarak gerak 200 km

oleh Mohamad Hanif|
sumber gambar: Autonetmagz
PT MForce Indonesia, anak syarikat MForce Bike Holding (M) Sdn Bhd baru-baru memperlihatkan sebuah skuter elektrik berjenama Zeeho AE8 di kilang pemasangan motosikal di Cikarang Barat, Bekasi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan Autonetmagz, skuter elektrik ini dilengkapi dengan dua unit bateri kantung dengan jumlah kapasiti 4.4 kWh yang membenarkan jarak gerak sehingga 200 km untuk sekali cas penuh.

Ia mempunyai ciri rekaan yang futuristik, dan disokong dengan sistem kekunci menggunakan teknologi kad Komunikasi Medan Dekat (Near Field Communication, NFC).
 

Zeeho


Berdasarkan pencarian ringkas, skuter Elektrik Zeeho AE8 (atau nama lain Zeeho Cyber) ini mempunyai trenkuasa Cobra yang terdiri daripada motor elektrik sejukan cecair berkuasa 13.4 hp (10 kW) dan 20.3 Nm.

Ia membolehkan pecutan 0-50 km/j sekitar 2.9 saat sementara kelajuan tertinggi dihadkan kepada 110 km/j sahaja.

Difahamkan, pek bateri itu boleh dicas dari 0 hingga 80 peratus dalam masa sekitar 30 minit sahaja – cukup pantas!

Selain itu, terdapat tiga mod tunggangan yang boleh dipilih menerusi skrin LCD bersaiz lima inci, iaitu Eco, Street atau Sport.
 

AE8


Sistem brek menggunakan unit angkup daripada Brembo, dibantu dengan sistem ABS dua saluran daripada Bosch sementara tayar 12 inci pula menggunakan jenama Maxxis.

Harga jualan untuk pasaran Indonesia pula dianggarkan bernilai 65 juta rupiah, atau kira-kira RM18,272 mengikut kadar pertukaran mata wang semasa.

Untuk makluman, pihak PT MForce Indonesia kini mempunyai empat jenama motosikal pemasangan tempatan (CKD) iaitu SM Sport (kategori klasik), SYM (skuter besar), WMoto (elektrik) dan juga CFMoto (Sport).
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by AutonetMagz (@autonetmagz)

 

Jadi, adakah skuter elektrik ini bakal memasuki pasaran Malaysia kelak?

Melihatkan kepada kesudian pihak MForce dalam memperkembangkan lagi portfolio jenama mereka di Malaysia, tidak mustahil satu hari nanti skuter ini bakal membuat kemunculan pertama di pasaran kita.

Apatah lagi pada ketika ini sudah terdapat beberapa pihak yang mula membawa masuk produk skuter elektrik masing-masing.

Sumber: Autonetmagz