Mforce Bike perkenalkan WMoto Bobbie VII - Enjin 693cc 2 silinder, harga bermula dari RM35,888

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Serentak dengan majlis pembukaan Mforce Smart Shop Kajang oleh CA Cycle Advance (Kajang) Sdn Bhd semalam, Mforce Bike Holdings Sdn Bhd telah memperkenalkan model klasik baharunya iaitu WMoto Bobbie VII.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

WMoto Bobbie VII dikuasakan oleh enjin bersesaran 693cc 2 silinder 4 lejang yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 74 HP pada 8,500 rpm dan 64 Nm pada 6,500 rpm.

 

2

 

Bagi menyerlahkan gaya klasiknya, WMoto Bobbie VII dilengkapi dengan lampu hadapan berbentuk bulat yang seiring dengan ayat “Lagenda Klasik”.

Walaupun direka dengan unsur-unsur klasik, ia turut dilengkapi dengan teknologi moden seperti lampu LED pada lampu depan, belakang dan lampu isyarat.

 

3

 

Selain itu juga, motosikal tersebut turut dilengkapi dengan paparan meter yang memaparkan semua maklumat penting semasa menunggang.

Dari segi keselamatan, WMoto Bobbie VII didatangkan dengan sistem brek anti-kunci (ABS) dwi-saluran untuk menjamin tunggangan yang selamat.

 

5

 

Walaupun bercirikan gaya klasik, motosikal itu turut dilengkapi pengecas USB sebagai bantuan tambahan kepada penunggang untuk mengecas telefon pintar mereka.

Dari segi tunggangan pula, motosikal itu didatangkan dengan tempat duduk diperbuat dari bahan berkualiti, dimana ianya ketinggiannya boleh dilaras mengikut kesesuaian penunggang.

 

6

 

Logo “BOBBIE” berwarna emas turut dipahat pada tempat duduk penunggang dan juga penumpang bagi menyerlahkan lagi gaya mewah dan klasik motosikal tersebut.

Bagi menambahkan jaminan tunggangan yang selamat dan selesa , WMoto Bobbie VII dilengkapi dengan tangki bahan api berkapasiti 15 liter untuk membenarkan penunggang menikmati perjalanan lebih jauh.

 

7

 

Ditawarkan dengan 2 warna iaitu hitam dan hitam metalik, harga bagi WMoto Bobbie VII bermula dari RM35,888 tidak termasuk insurans dan cukai jalan.

Harga yang ditawarkan turut datang dengan jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000 km (yang mana tiba dulu).

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Antara motosikal-motosikal ekonomi yang menjadi pilihan dari Mforce adalah seperti SM Sport 110E,…
Pelancaran Motosikal
Skuter ini dikuasakan oleh nadi silinder tunggal empat lejang sejukan udara bersesaran 124 cc yang…
Berita Domestik
Untuk penawaran terbaharu ini, WMoto RT3S kini menampilkan skrin paparan digital TFT dengan tiga…