MEX tawar diskaun 15 peratus tol sempena Hari Kebangsaan

oleh SALINA JALIL|
MAJU Expressway Sdn Bhd, pengendali Lebuhraya Maju Expressway (MEX) menawarkan diskaun 15 peratus tol bagi semua kelas pengguna lebuh raya itu sempena sambutan Hari Kebangsaan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Diskaun tersebut bermula 12 tengah malam 30 Ogos  tadi sehingga 11.59 malam 31 Ogos ini.

 

MEX menerusi laman Facebook rasmi memaklumkan, diskaun ini bertujuan menyemarakkan lagi sambutan hari bersejarah ini dan boleh dinikmati semua kelas pengguna lebuh raya yang dianggarkan lebih 142,000 pengguna.

 

Maklumat terkini mengenai diskaun tol itu serta laporan trafik, pengguna boleh melayari laman Twitter dan Facebook MEXTraffic atau hubungi hotline 03-83159111.

Berita Berkenaan

Informasi
  Tiada info lain dikeluarkan pada masa ini tentang penangguhan tersebut.   Sekiranya pengguna…
Berita Domestik
  Perkongsian video yang tular di TikTok dari pengguna @nhm0312 jelas menunjukkan perbuatan…
Berita Domestik
Beberapa buah kenderaan yang melalui kawasan selekoh lebuhraya tersebut dilihat hilang kawalan dan…