Mesra Bonanza Lagi Onz, rebut peluang bawa pulang Mercedes-Benz EQA!

oleh Mohamad Hanif|
Petronas Dagangan berhad (PDB) telah melancarkan kempen terbaharu Mesra Bonanza Lagi Onz yang menawarkan hadiah bernilai lebih RM500 ribu untuk disambar 1,200 orang pemenang bertuah.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Bermula 1 November 2022 hingga 31 Januari 2023, kempen Mesra Bonanza Lagi Onz ini menawarkan hadiah utama berupa Mercedes-Benz EQA, sementara dua orang pemenang tempat kedua bakal membawa pulang baucar bernilai RM15,000.

Sementara itu, hampir 400 orang pemenang hadiah bulanan akan menerima hadiah menarik seperti motosikal berjenama Honda, peranti pintar iPhone 14, baucar bahan api, Setel dan baucar membeli belah, serta tidak ketinggalan mata ganjaran Mesra.

Untuk menyertai peraduan ini, pelanggan hanya perlu membuat pembelian bahan api minimum RM40 di mana-mana stesen PETRONAS, atau transaksi runcit serendah RM10 di Kedai Mesra di dalam satu resit tunggal, atau perbelanjaan terkumpul RM700 sepanjang tempoh kempen untuk peluang membawa pulang hadiah utama.

Pelanggan yang menggunakan aplikasi Setel boleh mendapat penyertaan berganda, sementara pelanggan yang menggunakan kad debit/kredit atau menerusi CardTerus di aplikasi Setel pula berpeluang mendapat empat kali penyertaan.

 

Berita Berkenaan

Informasi
  Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB, Azrul Osman Rani, berkata sebagai sebahagian…
Berita Domestik
Ia dimulakan dengan kempen tahunan PETRONAS Coffee Break, salah satu kempen keselamatan jalan raya…
Berita Domestik
Makan@Mesra merupakan satu sudut khas berkonsepkan 'grab-and-go', menawarkan sajian makanan yang…