Mesin rumput Honda paling pantas di dunia - 242.99 km per jam!

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Beberapa tahun lalu, mesin rumput Honda Mean Mower menjadi mesin paling pantas di dunia dengan catatan kelajuan tertinggi 188.08 km/j. 

Tahun ini, Honda berjaya memecahkan sekali lagi rekod dunia di dalam segmen mesin rumput paling pantas di dunia bertempat di Dekra Lausitzring, Dresden di tangan Jess Hawkins, pemandu kart berpengalaman. 

Jentera yang digunakan, Mean Mower V2 itu mampu memecut dari pegun ke 100 km/j dalam masa hanya bawah 3 saat dengan kelajuan tertinggi direkodkan pada angka 242.99 km per jam!

Di dalam cubaan yang dilakukan, jentera tersebut berjaya mencatatkan 0-161 km/j dalam masa 6.29 saat. 
 


Rahsianya, enjin yang sama menguasai superbike CBR1000RR Fireblade bersesaran 999 cc menghasilkan 200 kuasa kuda pada putaran enjin 13,000 rpm digunakan pada mesin rumput ini. 

Dengan berat bersih sekitar 69.1 kg sahaja, nisbah kuasa kepada berat Mean Mower V2 ini adalah lebih baik berbanding supercar Bugatti Chiron. 

Walaupun digunakan bagi mencatatkan kelajuan tertinggi, Mean Mower V2 ini masih lagi mengekalkan fungsi memotong rumput dengan bilah gentian karbon yang memperoleh kuasanya daripada dua unit bateri elektrik. 

 


 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kali ini, mereka menggunakan sebuah lagi jentera  bagi merebut gelaran jentera terpantas di dunia,…