'Mesin masa' bakal dilahirkan semula sebagai kereta sports elektrik, pelancaran tahun ini!

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat DeLorean Motor Company bakal membangkitkan semula ikon di dalam industri automotif menjadi sebuah kereta sports elektrik yang bakal dilancarkan secara rasmi pada tahun ini.
MINI MREC Banner Campaign February 2025 - Week 2
Jaecoo J7 PHEV Launch MREC Banner Campaign March 2025

DMC DeLorean bakal dijenamakan semula sebagai DeLorean EVolved sebagai satu rujukan kepada penggunaan trenkuasa elektrik, dan salah satu tanda pagar yang digunakan itu memberikan petanda ia bakal menjadi sebuah kereta sports yang mewah.

Dalam masa yang sama, laman Twitter DeLorean turut memuatnaik sebuah video teaser ringkas yang memperlihatkan elemen pintu gullwing yang bakal ditampilkan pada model kereta sports elektrik itu.

Tidak dapat dipastikan sama ada DeLorean EVolved ini bakal menggunaan rekaan yang sama seperti model original, atau menampilkan perubahan bagi menjadikan ia sebuah kereta sports elektrik yang sebenar.