Mesin kopi inspirasi enjin flat-six untuk para peminat Porsche!

oleh Mohamad Hanif|
Setiap pagi sebelum keluar mencari rezeki, adalah menjadi kewajipan di antara kita untuk menghirup secawan kopi (kalau tidak sempat, kopi segera tiga dalam satu) sebagai tanda kita memulakan tugasan harian.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dan sebagai seorang yang mula meminati jenama Porsche, penulis agak tertarik dengan sebuah mesin kopi yang diinspirasikan daripada enjin sejukan udara Porsche 993.

Untuk pengetahuan, Porsche 993 merupakan model dan generasi terakhir dalam siri kereta sports 991 yang menggunapakai enjin enam silinder sebaris bentangan boxer (flat-six) 3.8 liter yang menghasilkan 296 kuasa kuda. 
 


Super Veloce, syarikat yang bertanggungjawab menghasilkan mesin espresso ini menggunakan acuan daripada enjin sebenar yang terdapat pada 993 GT2, sebelum mengubahnya menjadi antara mesin kopi yang paling cantik pernah dilihat di atas muka bumi ini. 

Bagi memudahkan para penggemar kopi menikmati minuman kegemaran mereka, mesin kopi ini hanya menggunakan kapsul kopi dan bukannya cara buatan manual seperti mana mesin kopi yang terdapat di pasaran. 

Super Veloce Porsche Flat Six Espresson Machine ini hanya akan dibuat sebanyak 993 unit terhad, namun pihak Super Veloce boleh menghantar tempahan yang dibuat ke seluruh dunia. 
 


Jadi, tunggu apa lagi? Hiasi rumah anda dengan mesin kopi yang awesome ini!

Tempah mesin kopi anda tersendiri di https://www.superveloce.co/

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Bonus khas bagi mereka yang mencintai jenama Porsche, anda boleh mendapatkan sebuah lagi mesin…
Gaya Hidup
Setiap pagi, secawan kopi o panas antara hidangan wajib sebagai pembuka hari sebelum kita melangkah…