Mesin Espresso inspirasi Porsche 993 - dari RM48,171 sahaja

oleh Mohamad Hanif|
Kopi merupakan salah satu sumber tenaga utama yang diperlukan bagi memulakan kerja seharian, dan mesin kopi merupakan salah satu benda wajib yang perlu ada bagi para peminat dan pencinta kopi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bonus khas bagi mereka yang mencintai jenama Porsche, anda boleh mendapatkan sebuah lagi mesin espresso yang dihasilkan khas oleh Super Veloce, syarikat sama yang menghasilkan Porsche Flat Six Espresson Machine yang pernah kami paparkan sebelum ini.

 


Sama seperti model terdahulu, Mesin Espresso Veloce RS Black Edition membawakan rekaan yang diinspirasikan daripada Porsche 991 generasi 993 yang diprodusikan antara 1994 sehingga 1998.

Lihat sahaja kepada bentuk mesin yang sememangnya meniru bentuk enjin flat-six, serta menggunakan bahan asas yang serupa seperti keluli tahan karat, aluminium dan titanium.

 


Manakala bahagian sisi pula diperbuat daripada gentian karbon.

Blok enjin dikemaskan dengan kemasan hitam satin anodiza manakala kepala silinder pula dilayangkan warna hitam berkilat anodiza.

Dihasilkan dalam 993 unit terhad, Super Veloce menetapkan harga jualan mesin Espresso Veloce RS Black Edition ini bermula dari €10,200 (RM48,171).

 


Satu hiasan yang sangat menarik untuk diletakkan di ruang tamu, tidak begitu?

 

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Setiap pagi, secawan kopi o panas antara hidangan wajib sebagai pembuka hari sebelum kita melangkah…
Berita Global
Dan sebagai seorang yang mula meminati jenama Porsche, penulis agak tertarik dengan sebuah mesin…