Mesin drift paling elegan - Mercedes-Benz E55 AMG

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk membina sebuah kereta drift yang ringkas, anda hanya perlukan sebuah kereta pacuan roda belakang, dan skill pemanduan menyenget yang mencukupi, selain daripada wang untuk dibelanjakan bagi kos-kos modifikasi yang berkaitan. 

Namun, bagaimana sekiranya anda ingin drift dengan lebih bergaya?

Nun jauh di Oakland, seorang pemilik Mercedes-Benz E55 AMG telah mengambil langkah mengubahsuai jentera E-Class miliknya untuk menjadi sebuah jentera drift mewah. 
 


Namun, usaha tersebut bukanlah mudah kerana Mercedes-Benz E55 AMG ini tidaklah direka untuk gaya pemanduan drift, jika dibandingkan dengan penggunaan meluas casis S Nissan dan Toyota AE86.

Untuk itu, beliau bekerjasama dengan CEO sebuah syarikat penjualan alat-alat ganti dan melengkapkan jentera beliau dengan peralatan seperti brek tangan hidraulik, butang penukar gear pada stereng Momo dan sistem gantungan KW.

Enjin asal E55 AMG 5.4 liter bentangan V8 dengan kod M113 ML55 ini masih mampu menghamburkan kuasa setinggi 469 kuasa kuda dan daya kilas 700 Nm, sebelum ia disalurkan kepada roda belakang menerusi transmisi automatik lima nisbah kelajuan.  
 


Sistem keselamatan asal kereta ini tidak diusik, akan tetapi pemiliknya mengambil jalan memasang sistem override bagi memudahkan kereta ini drift dengan mudah, namun apabila keadaan memerlukan, sistem ini mampu mengembalikan fungsi kawalan traksi dan ABS seperti sedia kala. 

Walaupun dengan modifikasi yang agak berat, E55 AMG ini masih sah digunakan di atas jalan raya dan masih mengekalkan pendingin hawa, kerusi dengan pemanas terbina dalam, langsir elektrik dan pelbagai barangan tambahan lagi. 
 


Jadi, dengan jentera ini anda masih mampu pulang dengan bergaya tanpa perlu mengeluh kepanasan setelah anda menghabiskan masa seharian di litar. 

 

Sumber: Speedhunters.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintenden Shahrulanuar Mushaddat…
Berita Global
Bukanlah perkara baharu, namun istimewanya Civic EK tersebut ialah penggunaan kebanyakan komponen…
Berita Global
Menjadi seorang yang memiliki kelainan upaya pada masa kini bukanlah suatu penghalang bagi mencapai…