Mesej keselamatan jalan raya MIROS sempena Tahun Baru Cina

oleh SALINA JALIL|
Sambutan Tahun Baru Cina yang diraikan hari ini amat berbeza berbanding pada tahun-tahun sebelum ini, di mana masyarakat perlu menyambutnya dengan mengamalkan pembudayaan norma baharu akibat penularan pandemik COVID-19.



Sempena sambutan Tahun Baru Cina, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dengan kerjasama Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Babylab telah melancarkan satu video Pesanan Khidmat Masyarakat (PSA).


Ia bertujuan memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia agar sentiasa mematuhi peraturan jalan raya dan Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19 demi kebaikan bersama.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Masyarakat diseru untuk memberi penekanan terhadap kepentingan pemakaian peralatan pengekang dan perlindungan peribadi seperti tali pinggang keledar, kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) dan topi keledar sebelum memulakan perjalanan sebagaimana kita memakai pelitup muka ketika keluar dari rumah. 

 


Penggunaan tali pinggang keledar  boleh mengurangkan risiko kematian atau kecederaan parah sebanyak 50 peratus.

 

Penggunaan CRS yang dipasang dengan betul dan sesuai dengan ketinggian serta berat badan kanak-kanak, dapat membantu mengurangkan risiko kematian bayi sebanyak 71 peratus dan 54 peratus bagi kanak-kanak berusia antara satu hingga empat tahun.
 


Kadar pematuhan pemakaian tali pinggang keledar terutamanya di tempat duduk belakang masih rendah dalam kalangan pengguna jalan raya di Malaysia. 

 

Kajian MIROS menunjukkan kadar pematuhan pemakaian tali pinggang keledar pada tahun 2020 untuk pemandu adalah 90 peratus dan 70 peratus untuk penumpang hadapan, tetapi hanya 11 peratus untuk penumpang belakang. 


 

 

Video PSA ini merupakan salah satu usaha untuk meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia untuk membudayakan pemakaian tali pinggang keledar dan CRS apabila melakukan perjalanan. 

 

Pandemik Covid-19 telah membataskan masa kita untuk bersama dengan orang yang tersayang. Maka, bilamana kita sudah boleh bergerak dan melakukan perjalanan untuk bersama mereka, terutamanya di musim perayaan ini, hargailah dan lindungi diri kita demi mereka yang kita sayangi.  

 

Mudah sahaja, hanya dengan satu klik, tontonlah video ini untuk menyelamatkan nyawa. Jangan lupa, amalkan pemanduan berhemah, patuhi had laju yang ditetapkan dan elakkan minuman beralkohol jika ingin memandu. 

 

Video PSA ini turut menampilkan Menteri Pengangkutan Malaysia, YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong sebagai penampilan istimewa. 

 


Video ini boleh didapati di laman Facebook dan Twitter MIROS (@mirosroadsafety) dan boleh dimuat turun dengan klik ke pautan ini https://cloud.miros.gov.my/cloud/index.php/s/nyb7eczzjpB5qko .
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Charm Touch ’N Go edisi Tahun Naga ini merupakan sebuah produk Touch ’N Go dengan sokongan NFC…
Berita Domestik
Antara tawaran menarik sempena kempen itu ialah kadar faedah rendah bermula dari 1.15 peratus dan…
Berita Domestik
Menurut Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta Linggi, pemberian tol percuma itu bagi meraikan kesemua…