Mercedes perkenal tiga platform khusus untuk EV, termasuk model prestasi AMG

oleh Mohamad Hanif|
Tidak lagi perlu menoleh ke belakang, syarikat automotif premium Mercedes-Benz kini mengorak langkah baharu untuk mempersiapkan diri menjadi sebuah jenama elektrik sepenuh masa menjelang akhir dekad ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berbanding sasaran awal, Mercedes kini menetapkan 50 peratus daripada penawaran model terdiri daripada kenderaan elektrik atau alternatif elektrik (hibrid) menjelang 2025, di mana setiap segmen bakal ditawarkan dengan model elektrik bateri (BEV) bermula 2022.

Mercedes juga akan melancarkan tiga platform atau senibina elektrik sahaja pada tahun 2025 merangkumi:

  • MB.EA - platform modular berskala untuk kenderaan penumpang bersaiz besar
  • AMG.EA - platform yang didedikasikan untuk kenderaan elektrik prestasi tinggi
  • VAN.EA - segmen kenderaan komersial berkuasa elektrik, termasuk kenderaan komersial ringan

 


Untuk menampung keperluan peralihan tersebut, Mercedes-Benz turut mengumumkan perolehan syarikat motor elektrik YASA bagi membolehkan Mercedes mendapat akses kepada teknologi motor axial flux yang unik, serta kepakaran untuk membangunkan motor berprestasi tinggi generasi baharu.

Selain daripada itu, Mercedes membentangkan perancangan untuk membangunkan sehingga lapan kilang Giga di seluruh dunia sebagai tambahan kepada jaringan sembilan kilang khusus untuk membina sistem bateri.

Menurut Mercedes, bateri elektrik generasi baharu ini amat sesuai untuk digunakan lebih 90 peratus kenderaan Mercedes (termasuk van komersial), dan spesifikasinya boleh disesuaikan mengikut keperluan pengguna.

Untuk memudahkan proses pengecasan, Mercedes-Benz sedang membangunkan standard baharu "Plug & Charge" serentak dengan pelancaran model EQS yang dijadualkan berlangsung pada tahun ini.

Plug & Charge membolehkan pelanggan menggunakan terus fasiliti pengecasan tanpa memerlukan mereka untuk menjalani proses pengesahan dan pembayaran yang menyusahkan dan melambatkan masa itu.

Sehingga kini, kemudahan Mercedes me Charge memiliki lebih daripada 530,000 poin pengecasan AC dan DC di seluruh dunia, dan angka tersebut dijangka meningkat menerusi kerjasama dengan jaringan pengecasan Shell yang menawarkan sehingga 30,000 slot pengecasan di Eropah, China, dan Amerika Utara.

 


Dalam masa yang sama, Mercedes-Benz turut mengumumkan model konsep Vision EQXX, sebuah EV yang mampu menawarkan jarak operasi lebih daripada 1,000 km dengan menggunakan kepakaran daripada divisyen High Performance Powertrain pasukan F1 Mercedes.

Selain daripada EQS yang disebutkan tadi, Mercedes juga merancang untuk memperkenalkan beberapa buah model baharu iaitu EQE SUV, EQS SUV serta Mercedes-Maybach EQS SUV.

Tidak ketinggalan, Mercedes bakal membawakan kepada anda versi elektrik kepada G-wagen kegemaran ramai yang dijangka tiba menjelang tahun 2024.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kedua-dua syarikat global itu akan mengadaptasi strategi digital, menghasilkan pendekatan pasaran…
Berita Global
  Bampar direka dengan bukaan liang udara yang minimum untuk penyejukan dan bahagian bawah badan…
Berita Global
  Kemewahan kereta ini boleh disaksikan di Muzium Mercedes-Benz di Jerman. Apa yang membuatkan…