Mercedes pengeluar pertama dapat kelulusan sistem swapandu Tahap 3

oleh Mohamad Hanif|
Mercedes-Benz merupakan pengeluar automotif pertama di dunia yang mendapat kelulusan untuk penggunaan sistem swapandu Tahap 3 (SAE Level 3) di bawah regulasi undang-undang United Nations UN-R157.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dengan kebenaran ini, kereta-kereta Mercedes (S-Class dan EQS) yang dilengkapi dengan keupayaan Tahap 3 Drive Pilot boleh dipandu dan melakukan operasi seperti penukaran laluan, brek, dan memecut tanpa memerlukan input pemandu pada kelajuan maksimum 60 km/j.

Setakat ini, sistem ini hanya boleh digunakan di jaringan lebuh raya Jerman sepanjang 13,191 km dan ujian sedang dibuat bagi membolehkan ia dibenarkan di negara-negara seperti Amerika Syarikat dan juga China.

Baca: ENAM Tahap Sistem Pemanduan Autonomi
 

Mercedes-Benz


Tidak banyak kereta dalam dunia yang sudah menerima keupayaan swapandu Tahap 3, kebanyakannya masih lagi menggunapakai sistem pemanduan autonomi Tahap 2.

Namun, Mercedes-Benz bukanlah pengeluar pertama yang hadir dengan ciri seumpama ini.

Awal tahun lalu, Honda sebenarnya merupakan pengeluar pertama yang mula menawarkan ciri swapandu Tahap 3 menerusi sedan Honda Legend untuk pasaran Jepun.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
   Juga baharu fungsi transparent bonnet yang memaparkan pandangan maya pada bahagian bawah depan…
Berita Global
Menurut Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuhraya Kebangsaan A.S. pada hari Rabu lalu, Mercedes Benz…
Berita Domestik
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah premis di Jalan Sungai Penchala 12, Kampung Sungai…