Mercedes-Maybach S-Class Edition 100 - 100 unit, sempena ulang tahun ke-100 Maybach

oleh Mohamad Hanif|
Jenama ultra-mewah Maybach kini sudah pun berusia 100 tahun dan bersempena dengan ulang tahun satu abad itu, Mercedes-Maybach melancarkan sedan S-Class edisi terhad yang dinamakan sebagai Maybach S-Class Edition 100.

Seperti nama yang tertera, S-Class Edition 100 ini hanya akan ditawarkan kepada 100 orang VVVVVVIP sahaja.

Menggunakan asas daripada model bernadi V12 612 kuasa kuda dan pacuan semua roda, sedan Edition 100 ini dilayangkan dengan warna dua tona Cirrus Silver dan Nautical Blue di mana hasil kemasan akhir adalah dengan menggunakan tenaga tangan!
 

100


Untuk membezakannya dengan model standard Maybach S-Class, versi Edition 100 ini didatangkan dengan rim berkilat kelabu, hiasan lencana 'Edition 100', logo khas pada tiang C serta turut didatangkan dengan selimut kereta bespoke.

Sementara ruang kabin pula menampilkan penggunaan upholsteri kulit eksklusif berwarna Crystal White dan Silver Gray Pearl, tempat duduk dengan ciri pemanas dan urut terbina, serta hiasan perkataan 'Edition 100'.
 

100


Sebagai sebuah kereta yang super eksklusif (menganggap anda mempunyai wang yang tak habis dimakan), anda boleh menyesuaikan sedan ini dengan bermacam ciri mewah seperti pemasangan penebat bunyi kelas pertama untuk ruang penumpang belakang serta sistem bunyi keliling Burmester empat dimensi.

Seperti yang disebutkan tadi, Mercedes-Maybach S-Class Edition 100 ini hanya akan dihasilkan sebanyak 100 unit sahaja, dan sebagai perbandingan harga jualan Maybach S 680 dengan nadi V12 yang standard bermula dari €217,323 (RM1,063,146) di Jerman.

Berita Berkenaan

Berita Global
Terbaharu, syarikat induk Mercedes itu pula sedang merancang untuk menubuhkan kumpulan perniagaan…
Berita Global
Enjin 6.0 liter turbo berkembar itu mampu menjana kuasa setinggi 604 kuasa kuda dan 1,000 Nm serta…
Berita Global
Namun, terdapat satu butiran kecil yang wujud pada fender hadapan S-Class itu menampilkan lencana…