Mercedes-Maybach S-Class 2022 - 503 hp, 700 Nm, harga dari RM1.9 juta

oleh Mohamad Hanif|
Selepas pelancaran sedan S-Class pada penghujung tahun yang lalu, Mercedes-Benz Malaysia membawakan sebuah lagi sedan dengan penawaran yang lebih mewah serta harga jualan yang jauh lebih mahal, iaitu Mercedes-Maybach S-Class 2022.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

Hanya ditawarkan dalam varian tunggal S 580 4MATIC, sedan Maybach S-Class ini dikuasakan oleh enjin 4.0 liter bentangan V8 (M176) yang mampu menghasilkan 503 PS @ 5,500 rpm dan 700 Nm @ 2,000-4,500 rpm, dipadankan dengan sistem EQ Boost 48 voltan dengan tambahan kuasa 20 PS dan 200 Nm.
 

S-Class


Berbanding sedan S-Class, sedan Maybach ini memiliki jarak antara roda yang lebih panjang 180 mm yang menyumbang kepada ruang kabin yang jauh lebih luas dan selesa.

Ia tampil dengan kemasan eksklusif seperti logo Maybach pada tiang C, pintu belakang dengan bukaan berkuasa elektrik, kemasan krom pada bahagian gril, teknologi DIGITAL LIGHT serta opsyen untuk layangan warna dua tona dengan tambahan kos.
 

maybach


Untuk penumpang belakang, Maybach S-Class ini turut dilengkapi dengan sistem pembatalan bunyi hingar aktif, sistem lampu belakang adaptif, serta ciri automatic seat belt extender bagi memastikan penumpang belakang sentiasa selesa dan selamat sepanjang perjalanan.

Sistem operasi MBUX generasi kedua kini ditampilkan pada model Maybach S-Class, dengan tidak kurang daripada lima skrin paparan dengan teknologi OLED yang boleh didapati di dalam ruang kabin, termasuklah skrin paparan tengah bersaiz 12.8 inci.
 

S-Class


Ciri keselamatan yang dimuatkan termasuklah brek kecemasan autonomi, sistem amaran lintasan trafik belakang, kawalan jelajah adaptif dengan fungsi berhenti/mula, bantuan pengekalan lorong, serta sistem PRE-SAFE yang mampu melindungi penumpang belakang sekiranya berlaku pelanggaran.

Harga jualan untuk Mercedes-Maybach S 580 4MATIC ini bermula dari RM1,928,815.76.

Baca: Mercedes-Maybach S-Class

Berita Berkenaan

Berita Global
    Kedua-dua model itu membentuk koleksi Mercedes‑Maybach SL 680 Monogram Series. Corak…
Model Terbaharu
Sudah pasti, jika Mercedes mengabungkan namanya bersama Maybach, akan terserlah ciri-ciri kemewahan…
Pelancaran
Ia hadir dengan penawaran enjin V8 yang serupa namun dengan talaan kuasa yang lebih tinggi, 557 hp…