Mercedes-Maybach S 680 diperlihatkan - enjin V12 6.0 liter turbo berkembar, 604 hp/1,000 Nm, 0-100 dalam 4.5 saat!

oleh Mohamad Hanif|
Secara senyap, Mercedes-Benz telah melancarkan sedan mewah Mercedes-Maybach S680 di mana ia kini merupakan satu-satunya model sedan yang hadir dengan penawaran enjin bentangan V12.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Enjin 6.0 liter turbo berkembar itu mampu menjana kuasa setinggi 604 kuasa kuda dan 1,000 Nm serta transmisi automatik sembilan kelajuan bagi menggerakkan badan sedan seberat 2,350 kg itu.

 


Namun begitu, dengan sistem pacuan semua roda, ia masih lagi mampu memecut sepantas 4.5 saat dari 0-100 km/j sebelum mencapai kelajuan tertinggi 250 km/j yang dihadkan secara elektronik.

Mercedes-Maybach S 680 bukanlah model sedan S-Class yang paling berkuasa pada ketika ini, memandangkan Mercedes juga turut merancang untuk memperkenalkan model plug-in hybrid AMG iaitu S 63 e (700 hp) dan juga S 73 e yang mampu mencapai 800 hp.

 


Dari segi luaran, sedan Maybach S 680 ini menampilkan layangan warna dua tona yang disusuli dengan kemasan krom, serta penambahan logo V12 pada fender hadapan dan diikuti logo Maybach.

Susun atur ruang kabin juga masih lagi membawakan rekaan yang sama terdapat pada S-Class, namun dengan upholsteri yang lebih mewah.

 


Menurut laman web Mercedes Rusia, Mercedes-Maybach S 680 dengan nadi V12 ini dijual pada harga bermula dari $374,000 (RM1,542,937).

Baca: Spesifikasi Mercedes-Maybach S-Class 2022

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Sudah pasti, jika Mercedes mengabungkan namanya bersama Maybach, akan terserlah ciri-ciri kemewahan…
Pelancaran
Ia hadir dengan penawaran enjin V8 yang serupa namun dengan talaan kuasa yang lebih tinggi, 557 hp…
Pelancaran
Hanya ditawarkan dalam varian tunggal S 580 4MATIC, sedan Maybach S-Class ini dikuasakan oleh enjin…