Ia hadir dengan penawaran enjin V8 yang serupa namun dengan talaan kuasa yang lebih tinggi, 557 hp @ 6,000-6,500 rpm dan daya kilas 730 Nm @ 2,500-5,000 rpm dibantu dengan sistem EQ Boost 48 voltan yang mampu menambah 22 PS dan 250 Nm.

Tidak seperti Maybach S 580 dengan badan yang lebih panjang, SUV Maybach GLS 600 ini membawakan dimensi yang hampir sama dengan model GLS-Class standard, dengan ukuran sepanjang 5,207 mm, lebar 1,956 mm, tinggi 1,850 mm dengan jarak antara roda sepanjang 3,135 mm.
Namun begitu, sesuai dengan nama Maybach, ia hanya mampu memuatkan empat orang penumpang VIP pada satu-satu masa.

Dari segi penampilan, Maybach GLS 600 4MATIC ini dilengkapi dengan rim bersaiz 23 inci, lampu LED Multibeam dengan ciri Adaptive Highbeam Assist Plus, kemasan krom berkilat, papan pemijak sisi berkuasa elektrik, serta pilihan lapan warna dua tona yang elegan.
Untuk ruang kabin pula, baris kedua boleh dijadikan sebagai zon rehat peribadi atau ruang kerja mudah alih pada masa yang sama, sokongan tambatan peranti digital, dibantu dengan rekaan tempat duduk boleh laras berkuasa elektrik yang turut dilengkapi dengan ciri pemanas dan fungsi urut pada masa yang sama.

Sama seperti model sedan Maybach, GLS 600 Maybach ini turut dilengkapi dengan tablet multimedia untuk penumpang belakang, sistem MBUX Rear Seat, slot pengecasan nirwayar, dan sistem bunyi keliling Burmester.
Ciri keselamatan yang menyeluruh turut dimuatkan termasuklah amaran keluar dengan selamat, kawalan jelajah adaptif, fungsi pengekalan lorong tengah, brek kecemasan autonomi, sistem Pre-Safe dan Pre-Safe Impulse Side, bantuan kamera keliling 360 darjah, dan sistem pemantauan tekanan tayar.
Harga jualan Mercedes-Maybach GLS 600 4MATIC ini sedikit murah berbanding sedan Maybach S 580 4MATIC, bermula dari RM1,789,453.18.