Mercedes mahu tarik diri dari F1?

oleh Mohamad Hanif|
Era moden Formula 1 menyaksikan pasukan Mercedes-AMG PETRONAS F1 menjadi sebuah pasukan yang sukar untuk dikalahkan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sejak tahun 2014, pasukan tersebut telah memenangi gelaran juara untuk kategori pemandu dan pengeluar, namun berdasarkan beberapa laporan terkini, penguasaan Mercedes-AMG mungkin akan berakhir tidak lama lagi.

Menurut laporan bersama Autocar dan RaceFans seperti yang dipetik oleh laman web Road and Track, Mercedes-AMG PETRONAS F1 berkemungkinan besar akan menarik diri daripada Formula 1 selepas tamat musim perlumbaan akan datang.

Barisan pengarah Daimler akan mengadakan perbincangan pada bulan  hadapan dan dari situ, keputusan akan dibuat sama ada untuk kekal di dalam sukan yang mahal ini atau menarik diri. 
 


Sekiranya keputusan tarik diri dibuat, Mercedes akan terus kekal di dalam sukan tersebut sebagai pembekal enjin kepada McLaren, Racing Point dan juga Williams.

Terdapat desas-desus yang menyebut bahawa ada pihak yang berminat untuk mengambil alih pasukan Mercedes-AMG seperti Lawrence Stroll - pemilik pasukan Racing Point. 

Jika benar, besar kemungkinan pelumba pasukan Mercedes-AMG PETRONAS, Lewis Hamilton akan berpindah ke pasukan Ferrari pada 2021, apatah lagi sebelum ini timbul berita berkenaan perpindahan beliau selepas kontrak dengan Mercedes tamat selepas musim akan datang.

Dengan menarik diri daripada F1, Mercedes boleh menggunakan wang yang sepatutnya dilaburkan untuk tujuan pembangunan kenderaan jalanan, dan seperti mana pengeluar automotif yang lain, mereka juga komited terhadap pengurangan jejak karbon dan pembangunan kenderaan autonomi. 
 


Regulasi F1 sedia ada juga akan turut mengalami perubahan besar pada tahun 2021, menyaksikan Mercedes sememangnya perlu berbelanja besar demi mengekalkan persaingan yang semakin sengit. 

Terdapat kemungkinan besar Geely yang kini memegang Volvo dan Lotus akan turut sama melabur di dalam pasukan Formula 1 baharu yang sebelum ini dipegang oleh Mercedes dan juga Aston Martin.

Sumber: Road and Track, Autocar, RaceFans

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Audi turut telah mengesahkan bahawa Andreas Seidl dilantik sebagai bos pasukan baharu mereka untuk…
Berita Global
Kehebatan kejuruteraan pasukan itu tidak dapat dinafikan lagi dan kali ini Red Bull bakal…
Sukan Bermotor
Lebih mengejutkan, bintang F1 itu juga diumumkan akan bersama pasukan Scuderia Ferrari pada tahun…