Mercedes mahu henti pembangunan enjin generasi baharu - fokus kepada EV

oleh Mohamad Hanif|
Tahun 1886, Carl Benz telah mempatenkan kenderaan tiga roda yang dijana dengan enjin gas.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Enjin silinder tunggal sejukan cecair empat lejang yang mampu menjana 0.75 hp itu merupakan titik permulaan kepada evolusi enjin pembakaran dalaman moden yang kini menjadi nadi untuk setiap kenderaan beroda di atas muka bumi. 

Setelah lebih daripada 100 tahun menjadi pelopor, Daimler akhirnya memutuskan untuk menamatkan pembangunan enjin pembakaran dalaman bagi memberikan laluan kepada kereta elektrik. 

Syarikat pengeluar dari Jerman baru-baru ini memperkenalkan enjin generasi baharu empat silinder paling berkuasa di dunia dan berkemungkinan besar enjin M139 2.0 liter itu akan menjadi generasi enjin Mercedes yang terakhir.

 


Menurut majalah automotif Jerman Auto Motor und Sport, ketua unit pembangunan Daimler Markus Schaefer berkata, mereka kini tiada perancangan untuk membangunan enjin pembakaran dalaman generasi baharu dan memfokuskan kepada trenkuasa elektrik. 

Namun, usah risau kerana laporan turut memetik kata-kata Schaefer yang menyebut mereka masih akan terus berusaha bagi menambah baik prestasi dan kecekapan enjin-enjin sedia ada. 

Sebelum ini, Daimler telah membuat pengumuman untuk menawarkan versi elektrik untuk kesemua barisan model Mercedes-Benz dan Smart sedia ada pada tahun 2022. 

Sumber: Auto Motor und Sport

Berita Berkenaan

Berita Global
Daimler Motorized Vehicle 1899 boleh dikatakan sebagai nenek moyang kepada Sprinter masa kini,…
Berita Global
Namun, baru-baru ini Geely dalam satu siaran media mengumumkan telah berjaya mencapai persetujuan…
Berita Global
Menurut laporan daripada Reuters, NGO tersebut memberikan tempoh sehingga 20 September yang lalu…