Mercedes, Honda, Renault mungkin berundur dari Formula One dalam masa dua tahun

oleh Mohamad Hanif|
Wabak pandemik coronavirus bukan sahaja memberikan kesan kepada sektor ekonomi global, malah ia juga menekan sektor automotif terutama kepada sukan permotoran yang dianjurkan saban tahun.

Masa hadapan sukan seperti Formula One juga perlu ditentukan dengan segera dan ia bakal membawa maksud beberapa pengeluar besar automotif bakal meninggalkan sukan tersebut.

Menurut Eddie Jordan, pengasas dan pemilik Jordan Grand Prix berkata, Formula One kini berubah menjadi sebuah sukan yang mementingkan atlit dan hiburan dan tidak lagi menumpukan terhadap pasukan dan jentera lumba.

"Tidak menghairankan apabila nama-nama besar bakal keluar dari sukan Formula One kerana ia tidak lagi mendatangkan keuntungan.

"Saya percaya Mercedes, Honda dan mungkin Renault akan mengumumkan pengunduran daripada sukan Formula 1 dalam masa dua tahun akan datang.

"Mercedes dilihat sudah mencapai apa yang mereka impikan, jadi di bawah situasi terkini, mereka tidak akan meneruskan perlumbaan.

"Saya fikir Mercedes akan menjual pasukannya kepada Lawrence Stroll yang mahukan anaknya menjadi juara," ujar Jordan kepada F1-insider.com.

Tambah beliau lagi, Ferrari tidak akan meninggalkan sukan berprestij tersebut kerana pengeluar Itali tersebut berfikiran berbeza berbanding pengeluar-pengeluar lain.

"Ferrari mempunyai darah Formula 1 sejati, dan mereka tidak akan sekali-kali meninggalkan sukan tersebut. Jadi, masa hadapan Formula 1 kini bergantung kepada Ferrari, Red Bull Racing serta kemungkinan McLaren-Mercedes," ujar Jordan mengakhiri bicara.

Sumber: GP Blog

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengeluar supercar tersebut mengalami penurunan kadar penjualan yang sangat ketara, dimana McLaren…
Sukan Bermotor
Pengumuman merekrut pemandu termuda dalam sejarah 50 tahun Ferrari tersebut dibuat selepas McLaren…
Sukan Bermotor
Ini kerana dilaporkan bahawa pelumba Formula One Sebastian Vettel akan meninggalkan pasukan Ferrari…