Mercedes hasilkan set model skala 1:18 - lengkap dengan trak pengangkut Actros GigaSpace!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebagai seorang pengumpul model-model diecast, antara masalah utama yang sering kali dihadapi ialah bagaimana hendak menyimpan dan mengalihkan model kegemaran anda dengan mudah. 

Jika anda peminat tegar HotWheels, Tomica, Matchbox dan sewaktu dengannya, ia mungkin tidak menjadi masalah kerana terdapat rak yang dijual di pasaran yang dikhaskan untuk menyimpan dan untuk tujuan pemindahan. 

Namun, sekiranya anda mengumpul model berskala yang lebih besar seperti 1:18, berkemungkinan besar anda tidak cukup tangan untuk membawanya. 
 


Jika anda ingin memiliki enam buah model skala 1:18, dan kesemuanya adalah hasil buatan Mercedes-Benz, maka set lori transporter Actros ini adalah jawapannya. 

Menurut Mercedes-Benz, ia adalah model pertama seumpamanya di dalam pasaran yang boleh didapati di dalam saiz sedemikian, dan mempunyai dimensi panjang melebihi satu meter!
 


Ketelitian model skala ini juga amat mengkagumkan, di mana anda boleh memeriksa beberapa bahagian seperti lampu limpah bumbung, ruangan kabin serta replika suis yang diperlukan untuk mengoperasikan pengangkut di bahagian belakang. 

Percaya ataupun tidak, trak Actros ini terdiri daripada 500 komponen berasingan dicantum menggunakan 225 skru dan pin!

Hasilnya, sebuah lori pengangkut yang mampu menempatkan enam buah model Mercedes-Benz (termasuk trak pikap X-Class) dengan 'selesa'. 
 


Anda mungkin memerlukan sedikit wang tambahan bagi menampung kos kesemua model yang tertera (dan rak tambahan) memandangkan ia bersaiz lebih besar berbanding koleksi HotWheels anda. 

Namun, untuk peminat tegar lori pengangkut Actros, tiada apa yang mustahil dalam dunia ini, bukan?

Berikut merupakan senarai harga bagi setiap model yang ditawarkan dan kami sengaja tukarkan kepada mata wang Malaysia supaya anda boleh merancang masa depan dengan tenang.