Mercedes EQXX Concept - EV yang mampu capai jarak 1,000 km!

oleh Mohamad Hanif|
Mercedes-Benz EQXX Concept mungkin sekali merupakan jawapan Mercedes untuk pelanggan mereka yang masih lagi memiliki keraguan jarak pemanduan (range anxiety).
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Walaupun bersifat sebuah konsep semata-mata, Mercedes EQXX ini dikatakan mampu mencapai jarak sejauh 1,000 km untuk sekali cas penuh.

Ia bukanlah sekadar meletakkan pek bateri bersaiz yang lebih besar berbanding apa yang ada di pasaran, malah menurut Mercedes pek bateri yang lebih besar menyumbang kepada penambahan berat kereta yang mampu memberikan kesan kepada kecekapan pek bateri itu sendiri, dan juga aspek pengendalian kenderaan.
 

EQXX


Disebabkan itu EQXX sebenarnya masih lagi menawarkan kapasiti bateri yang sama seperti model EQS 450+ (100 kWh).

Apa yang dilakukan oleh Mercedes-Benz adalah:

 

1. Pek bateri 900 voltan

EQXX


Dibangunkan oleh High Performance Powertrains (HPP) dan Mercedes-Benz Grand Prix, bateri 100 kWh ini dikatakan 50 peratus lebih kecil, dan 30 peratus lebih ringan (495 kg)

Malah, ia dipadankan dengan sistem pacuan yang mampu menyumbang 95 peratus kuasa bateri ke roda, dan sistem penyejukan cooling-on-demand.

 

2. Penggunaan bahan ringan

EQXX


Mercedes EQXX banyak menggunakan bahan ringan seperti roda magnesium, rotor brek aloi aluminium, pintu daripada karbon dan plastik bertetulang kaca, serta panel bumbung yang lebih nipis.

 

3. Penambahan panel solar

EQXX


Panel bumbung yang nipis itu tadi sebenarnya menempatkan 117 sel solar yang mampu menyumbang kepada jarak tambahan sejauh 25 km.

 

4. Rekaan badan mesra aerodinamik

EQXX


Mercedes EQXX memiliki nilai kadar pekali seretan serendah 0.17 sahaja, dibantu dengan komponen seperti diffuser belakang boleh laras, serta tayar jenis rintangan golekan rendah.

Disebabkan ia bukanlah sebuah kereta berprestasi tinggi, Mercedes-Benz tidak melengkapkan kereta konsep ini dengan konfigurasi motor elektrik berkembar, sebaliknya EQXX hanya tampil dengan motor elektrik tunggal 201 hp yang memacu roda belakang sahaja.
 

EQXX


Ruang kabin EQXX menempatkan papan pemuka dengan skrin tunggal ultra lebar bersaiz 47.5 inci dengan keupayaan paparan 8K.

Mercedes turut menumpukan perhatian kepada penawaran bahan yang lebih mesra alam, seperti contoh:
1. Tempat duduk daripada Dessertex - upholsteri yang dihasilkan daripada pokok kaktus
2. Kemasan mycelium - kulit vegan diperbuat daripada cendawan
3. Elemen bukan struktur lantai belakang daripada bahan buangan seperti sisa kebun dan lampin bayi

Harus diingat, Mercedes EQXX Concept hanyalah sekadar konsep yang dibawakan, namun teknologi yang dibawakan mungkin akan diserapkan pada model-model sedia ada pada masa akan datang.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kini, Mercedes-Benz berjaya memecahkan rekod sendiri dengan mencapai jarak sejauh kira-kira 1,202…