Mercedes dedah teaser EQT - konsep van gaya hidup dengan trenkuasa elektrik

oleh Mohamad Hanif|
Selepas kehadiran model EQC, EQV, EQA, EQS dan EQB, Mercedes-Benz kini memperluaskan penawaran cabang kenderaan elektrik mereka dengan sebuah lagi model EV baharu di dalam kelas van gaya hidup yang membawakan huruf baharu, T pada 10 Mei ini.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Gambar teaser model konsep Mercedes-Benz EQB telah pun didedahkan oleh Mercedes pada minggu lalu dengan menampilkan rupa hadapan yang identikal dengan ahli keluarga EQ yang lain.

Ini bermakna, pada masa akan datang kelas van kecil akan dibahagikan kepada dua segmen yang tersendiri, iaitu T-Class yang lebih khusus untuk kenderaan gaya hidup, manakala model Citan pula lebih direka untuk tujuan komersial.

Concept EQT bakal diperlihatkan terlebih dahulu memandangkan Mercedes-Benz kini mempunyai strategi 'Electric First' sebelum mereka membawakan model T-Class varian enjin pembakaran dalaman.

Sebagai makluman, Mercedes-Benz Citan merupakan model kejuruteraan lencana yang diasaskan daripada Renault Kagoo, dan generasi pertama dihasilkan antara tahun 2012 sehingga sekarang.

Terdapat tiga jenis rekaan badan yang ditawarkan iaitu Panel Van yang mampu memuatkan dua orang, serta Dualiner dan Traveliner yang boleh menempatkan lima orang pada satu-satu masa.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Bukan itu sahaja, kerjasama antara kedua-dua pihak itu juga bakal mewujudkan perkhidmatan bernilai…
Berita Global
Dari segi penampilan, CLE 53 AMG ini membawakan dimensi fender depan dan belakang yang lebih lebar…
Berita Global
Kerjasama yang terbentuk antara Mercedes-Benz Group China dan BMW Brilliance Automotive itu…