Mercedes dalam dilema kerana Geely beli saham senyap-senyap - Ab Volvo juga tidak puas hati

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Mercedes-Benz dikatakan terperangkap di dalam dilema kerana pengerusi dan pengasas Geely, Li Shufu telah senyap-senyap membeli hampir 10 peratus saham Daimler, pemilik jenama premium tersebut.

Li Shufu kini merupakan pemegang saham terbesar di dalam syarikat Daimler (Daimler tidak dimiliki oleh sebuah syarikat keluarga dan ia dimiliki oleh pemegang-pemegang saham korporat).

 

li shufu

 

Menurut Li Shufu yang menghabiskan hampir USD 9 billion untuk membeli 9.69 peratus dari saham syarikat tersebut, ia berkata tidak ada keperluan untuk meningkatkan saham Geely di dalam Daimler, buat masa ini.

Geely cuma mahu mewujudkan kerjasama teknikal bersama Mercedes-Benz yang sedang dalam proses penghasilan kenderaan elektrik dan kenderaan pandu-kendiri sebagai jawapan kepada Tesla, Google dan Uber.

"Tidak akan ada pemain dalam industri automotif yang akan menang dalam persaingan dengan kuasa luar (seperti Tesla, Uber dan Google). Untuk terus menapak maju, kita harus berkongsi dan bergabung tenaga. Pelaburan saya di dalam Daimler membuktikan hasrat saya," terang Li.

 

 

Yang menjadi masalah ialah Mercedes-Benz sudah awal-awal lagi mengumumkan bahawa ia akan berganding bersama Renault-Nissan yang mempunyai 3.1 peratus saham di dalam Daimler.

Selain dari itu, yang lebih memeningkan kepala ialah Mercedes-benz sendiri sudah lama memilih BAIC Motor Corporation sebagai rakan kongsi mereka di China untuk membina kenderaan elektrik di negara tersebut.

November tahun lalu, Geely pernah menawarkan pembelian saham Daimler bagi mendapat akses kepada teknologi Mercedes-Benz untuk kenderaan elektrik dan bateri bagi membantu Geely menghasilkan kenderaan yang lebih mesra alam tetapi ia ditolak oleh Daimler dengan alasan "tidak mahu menambahkan lagi pemegang saham yang sedia ada".

Li Shufu segera mengubah taktik dan secara senyap membeli saham-saham yang dimilikinya itu.

 

 

Namun begitu, AB Volvo, yang juga menjadi salah satu syarikat dengan kepentingan Geely membantah tindakan Li membeli saham Daimler kerana ia khuatir akan masalah "ketirisan".

AB Volvo ialah syarikat membuat trak Volvo dan menjadi pesaing utama kepada Mercedes-Benz Trucks.

Mungkin lima tahun dari sekarang, akan wujud telenovela dari Shanghai mengenai legasi Geely yang penuh dengan drama ini. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Mercedes Vision EQXX itu telah mengembara sejauh 1010km merentasi Semenanjung Arab dengan purata…
Berita Domestik
Menurutnya, satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan dua unit RIM dari Balai Bomba dan Penyelamat…
Berita Global
  Rekod tersebut dibuat pada 28 Oktober 2022 dan menariknya dipandu ke litar pada pukul 5:14:31…