Kenderaan tersebut dimiliki seorang usahawan Perancis, Claude Foussier pada tahun sama sebelum ia dijual dua kali pada 1961. Ia bertukar pemilik buat kali terakhir pada 2014.
Lebih menarik, model itu juga ditemukan terbiar di dalam garaj pemilik semasa di rumah sama yang pernah diduduki oleh Foussie selepas 70 tahun.
Mercedes-Benz 300 SL ‘Gullwing’ itu dilengkapi enjin enam silinder berkapasiti 3 liter yang mampu menghasilkan 235 kuasa kuda.
Kereta itu akan dilelong dalam acara lelongan Concours d’Elégance di Chantilly menjelang 27 Januari ini dan dianggarkan harga lelongan dari RM9.4 juta hingga RM23.6 juta.
