Mercedes-Benz X-Class bakal terima nadi V8?

oleh Mohamad Hanif|
Mercedes-Benz dilaporkan bakal menyediakan trak pikap X-Class dengan pilihan nadi yang lebih berkuasa, iaitu V8 sekiranya terdapat permintaan daripada para pelanggannya.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Peningkatan kuasa daripada enjin semasa empat silinder sebaris kepada nadi bentangan V8 bermakna Mercedes-Benz secara senyap-senyap telah melakukan kerja mereka menyediakan apa yang sewajarnya supaya casis trak pikap tersebut mampu menampung lebihan kuasa daripada casis sedia ada. 


Menurut Frank Schumacher, ketua pasukan jurutera X-Class berkata "bukan sekadar enjin V8, malah kami juga mampu meletakkan nadi yang lebih berkuasa (6.0 liter V12), walaubagaimanapun ia masih tiada keperluan (meletakkan enjin yang lebih besar)."

Trak pikap X-Class versi prestasi tinggi itu walaubagaimanapun tidak akan menggunakan spesifikasi AMG sebagaimana tipikal model Mercedes-Benz yang lain. 

Mercedes-Benz kini sedang merancang untuk menawarkan satu lagi pilihan enjin diesel V6 untuk X-Class ini bermula penghujung tahun ini.  

Berita Berkenaan

Berita Global
   Juga baharu fungsi transparent bonnet yang memaparkan pandangan maya pada bahagian bawah depan…
Berita Global
Menurut Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuhraya Kebangsaan A.S. pada hari Rabu lalu, Mercedes Benz…
Berita Domestik
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah premis di Jalan Sungai Penchala 12, Kampung Sungai…