Mercedes-Benz X-Class 6x6 kustom penuh dengan elemen gentian karbon!

oleh Mohamad Hanif|
Penulis Careta sebenarnya baharu sahaja pulang dari Naza Automall untuk menyaksikan dengan lebih dekat jentera Brabus G700 6x6 gergasi yang kini tinggal lapan unit sahaja.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Melihatkan kepada betapa gahnya sebuah trak pikap mewah ini, penulis mula membayangkan bagaimana sekiranya Mercedes-Benz menghasilkan konsep yang serupa untuk trak pikap X-Class mereka. 

Tidak mengambil masa yang begitu lama, penulis terserempak dengan rekaan yang dihasilkan oleh Carlex Design yang hadir dengan rekaan yang serba agresif Exy Monster X Concept. 
 


Carlex Design menghadirkan panel badan yang gagah dan lebar diperbuat daripada gentian karbon - tujuan untuk mengurangkan berat badan - dan kehadiran elemen karbon tadi dikontraskan dengan penggunaan warna kuning pada bahagian bed belakang.

Sistem suspensi juga walaupun tidak dinyatakan akan tetapi menunjukkan dengan jelas jarak kelegaan tanah yang semakin kurang berbanding X-Class asal, sebelum diakhiri dengan sistem pacuan enam tayar 6x6.
 


Untuk menggerakkan trak pikap dengan enam tayar ini, sudah pasti enjin asal 3.0 liter V6 turbodiesel (258 hp/550 Nm) itu tidak mampu untuk menampung beban yang diberikan oleh gandar tambahan di bahagian belakang. 

Malangnya, memandangkan trak pikap ini sekadar konsep semata-mata, tiada sebarang maklumat lanjut berkenaan sistem pacuan kuasa yang akan ditawarkan. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, anda boleh mendapatkan satu-satunya contoh trak pikap 6x6 untuk diletakkan di dalam garaj,…
Berita Global
Menurut laporan daripada Reuters, kedua-dua Nissan dan Renault mengadakan pertukaran pegangan…
Berita Global
Bagi mereka yang tidak tahu, Mercedes-Benz menggunakan platform Nissan Navara bagi membangunkan…