Mercedes-Benz Vito dapat sentuhan sporti VanSports

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat talaan dari Jerman, VanSports hadir dengan dua buah konsep modifikasi Mercedes-Benz Vito, di mana ia menampilkan perubahan bersifat kosmetik serta prestasi yang dipertingkatkan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Model pertama merupakan Vito V 300 d yang dilayangkan dengan warna hijau gelap berkilat, suspensi yang direndahkan sebanyak 30 mm, serta pemasangan kit badan seperti lip spoiler hadapan, skirt sisi, lip belakang, dan diakhiri dengan tip ekzos berkembar berwarna hitam.
 

Vito VanSports


Keempat-empat sudut dipasangkan dengan set rim Aerorad VAED bersaiz 20 inci yang dibaluti tayar 245/40 di depan dan 275/35 di bahagian belakang.

Talaan turut diberikan kepada enjin diesel turbo 2.0 liter, namun angka output dan daya kilas tidak didedahkan kepada umum.
 

e-Vito


Bagi mereka yang mahukan van yang senyap, boleh juga dapatkan Vito versi elektrik (e-Vito) yang turut mendapat sentuhan daripada VanSports.

Sama seperti Vito V 300 d itu tadi, e-Vito turut mendapat kit badan yang serupa, serta tidak ketinggalan pemasangan spoiler bumbung, rim Aerorad VAED serta suspensi yang direndahkan sebanyak 30 mm.
 

e-Vito


Cuma bezanya e-Vito VanSports ini mendapat kemasan tambahan berupa aksen biru cerah pada bahagian lip depan dan belakang, serta bahagian skirt sisi.

Setakat ini, tiada sebarang harga didedahkan oleh pihak VanSports.