Mercedes-Benz V-Class facelift dilancarkan - enjin diesel baharu lebih efisien

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Selain daripada memberikan fokus kepada model-model sedan dan SUV mewah berprestasi tinggi, Mercedes-Benz tidak pernah melupakan model penggerak manusia atau van penumpangnya. 

Untuk itu, Mercedes-Benz telah melancarkan kemaskini kepada model V-Class dengan memberikan penambahbaikan kepada aspek rupa bentuk serta nadi enjin yang lebih efisien. 

V-Class versi facelift ini telah diberikan nafas baharu pada aspek luaran seperti bumper baharu, struktur berlian pada gril radiator, malah ia juga turut menawarkan pilihan rim aloi rekaan baharu bersaiz 18 dan 19 inci. 

 


Memasuki ruang kabin pula, ia menampilkan corong pendingin hawa yang lebih sporty rekaannya, selain daripada papan instrumen yang serba baharu. 

Dari segi kemasan pula, terdapat warna baharu ditawarkan untuk upholsteri Tartufo kulit nappa, manakala bagi kemasan kulit Lugano dan kulit nappa masing-masing terdapat dalam warna hitam dan silk beige. 

Untuk keselesaan para penumpang di belakang, kerusi penumpang turut diberikan ciri-ciri mewah seperti fungsi baring sepenuhnya, fungsi urut terbina dalam dan ciri kawalan suhu. 

 


Seperti yang disebutkan, V-Class facelift yang didatangkan dalam varian V 300d ini diberikan nadi enjin serba baharu, iaitu enjin diesel empat silinder OM 645 (236 hp/500 Nm) dan gandingan transmisi 9G-TRONIC automatik. 

Dari segi prestasi, van ini mampu memecut dari 0-100 km/j dalam masa 7.9 saat sahaja dengan kelajuan maksimum mampu mencapai 221 km/j. 

Sebagai sebuah van penumpang, Mercedes-Benz turut melengkapkan V-Class ini dengan ciri-ciri keselamatan seperti Bantuan Angin Lintang, Bantuan Tumpuan Pemandu, Bantuan Brek Aktif, dan ciri terbaharu Bantuan Lampu Suluhan Tinggi, pertama seumpamanya bagi sebuah V-Class.

 


Kemaskini yang didatangkan ini tidak terhad kepada V-Class semata-mata dan ia juga turut hadir pada model campervan Marco Polo dan Marco Polo Horizon. 

Kejutan tidak terhenti di sini apabila Mercedes-Benz dikatakan akan hadir dengan model konsep MPV berkuasa elektrik dinamakan sebagai Concept EQV pada acara Geneva Motor Show bulan hadapan. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
   Juga baharu fungsi transparent bonnet yang memaparkan pandangan maya pada bahagian bawah depan…
Berita Global
Menurut Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuhraya Kebangsaan A.S. pada hari Rabu lalu, Mercedes Benz…
Berita Domestik
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah premis di Jalan Sungai Penchala 12, Kampung Sungai…