Mercedes-Benz umum tidak janji kenderaan anda dihantar sebelum SST

oleh HEZERI SAMSURI|
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah menghantar surat pekeliling kepada pelanggan bahawa mereka tidak akan berjanji kenderaan yang ditempah akan sampai sebelum 1 September ini, tarikh SST akan dilaksanakan.

MBM berkata mereka tidak boleh berjanji untuk melangsaikan semua permintaan kenderaan yang diterima dalam masa tiga bulan GST sifar ini kerana kenaikan yang mendadak.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kilang pemasangan di Pekan, Pahang dikatakan sedang berusaha gigih untuk meningkatkan pengeluaran tanpa menjejaskan kualiti.

MBM bagaimanapun tidak memberitahu samada tempahan boleh dibatalkan jika kenderaan hadir dengan kos tambahan SST. 

MBM juga tidak mengumumkan mereka akan menyerap kos SST atau memberi diskaun. 

Setakat ini, cuma Mazda (Bermaz Motor) dan Hyundai Sime Darby yang sudah berjanji akan menyerap kos SST sekiranya kenderaan yang ditempah diterima selepas 1 Sept.

Perodua juga telah mengumumkan akan memberikan sedikit pampasan kepada 3,000 bakal pemilk Myvi yang sepatutnya menerima kenderaan baharu mereka pada hujung bulan ini tetapi tidak akan mendapatnya kerana masalah bekalan komponen.

Berita Berkenaan

Berita Global
Kedua-dua syarikat global itu akan mengadaptasi strategi digital, menghasilkan pendekatan pasaran…
Berita Global
  Bampar direka dengan bukaan liang udara yang minimum untuk penyejukan dan bahagian bawah badan…
Berita Global
  Kemewahan kereta ini boleh disaksikan di Muzium Mercedes-Benz di Jerman. Apa yang membuatkan…