Mercedes-Benz umum strategi kukuh kedudukan - bakal perkenal lebih banyak model CKD di Malaysia

oleh Mohamad Hanif|
Dalam usaha untuk memperkukuhkan lagi kedudukan selaku peneraju di dalam segmen kenderaan mewah dan kereta berprestasi tinggi, Mercedes-Benz Malaysia baru-baru ini mengumumkan strategi yang komprehensif bagi menghadapi tahun 2021.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Salah satu langkah yang bakal dilaksanakan adalah memperkuatkan kehadiran di dalam talian menerusi pusat pameran maya yang membolehkan para pelanggan untuk mencari kenderaan pilihan, sama ada model baharu atau model pra-milik.

Selain daripada itu, pelanggan juga boleh mendapatkan perkhidmatan tambahan seperti tahap keterdapatan stok, opsyen pengiraan pembiayaan kewangan, serta meminta sebut harga secara terus daripada pengedar.

Mercedes-Benz telah pun menganjurkan acara pelancaran dalam talian menerusi model kenderaan kompak Mercedes-AMG (A 35, A 45 S dan CLA 45 S), serta pelancaran di peringkat serantau untuk model SUV kompak GLB-Class (GLB 200 Progressive Line, GLB 250 4MATIC AMG Line dan Mercedes-AMG GLB 35 4MATIC), dan Mercedes-Benz GLA-Class.

 


Pada ketika ini, Mercedes-Benz Malaysia mempunyai penawaran model CKD yang cukup meluas, merangkumi model-model seperti C-Class, E-Class, dan S-Class, GLC dan GLC Coupe, serta dua model AMG iaitu C 43 AMG dan GLC 43 Coupe AMG.

Menurut kenyataan rasmi Mercedes-Benz Malaysia, syarikat tersebut berazam untuk menambah lagi model-model CKD yang merangkumi kereta dan SUV kompak pada tahun ini, berkemungkinan besar model yang dimaksudkan adalah A-Class, CLA-Class, dan GLA-Class.

Tahun lalu, Mercedes-Benz Malaysia telah pun melancarkan pusat pengedar Mercedes-Benz Lifestyle Accessories and Collection Boutique yang mentransformasikan pusat pengedar biasa kepada sebuah pusat sehenti yang menawarkan pelbagai jenis aksesori termasuklah pakaian kasual, cermin mata, diecast dan sebagainya.

 

Berita Berkenaan

Informasi
Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya rasa bertuah kerana Mercedes-Benz Malaysia tidak lokek…
Model Terbaharu
Tidak seperti penawaran C 200 dan C 300 sedia ada, C 350 e secara asasnya merupakan sebuah sedan…
Pelancaran
Tidak seperti model terdahulu, GLA-Class hanya boleh didapati dalam varian tunggal GLA 200 sahaja,…