Mercedes-Benz uji Solid State Battery, jarak pemanduan 25% lebih jauh!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Mercedes-Benz uji Solid State Battery
Mercedes-Benz uji Solid State Battery
Bateri keadaan pepejal atau solid state battery dikatakan kemajuan seterusnya di dalam dunia kenderaan elektrik (EV).

Beberapa syarikat pengeluar kereta Jepun telah menumpukan dan membangunkan teknologi sehingga ada yang membina barisan pengeluaran demonstrasi.

Mercedes-Benz juga berminat dan sudah melangkah jauh dengan membuat ujian di jalan raya.

Apa yang menarik, projek ini melibatkan kerjasama di antara jurutera Mercedes-Benz dari bahagian kereta penumpang dan Formula 1 dan jurutera sel bateri Factorial Inc.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025
Mercedes-Benz uji Solid State Battery

 

Factorial dari Amerika Syarikat (AS) memiliki teknologi sel bateri pepejal dan turut menjalin kerjasama dengan pengeluar antarabangsa lain.

Kerjasama yang melibatkan tiga pihak diterjemah pada ujian jalan pertama bagi kereta yang dikuasakan bateri pepejal litium-logam.

Mercedes AMG High Performance Powertrains (HPP) dan Pusat Kompetensi Sistem Bateri Mercedes-Benz merekabentuk dan membangunkan sistem bateri baharu dan inovatif.

Prototaip bateri pepejal menjalani ujian meja (test bench) secara intensif sebelum dipasang pada EQS.

 

Mercedes-Benz uji Solid State Battery

 

Tidak banyak yang diubah suai untuk memuatkan sistem bateri baharu pada EQS dan turut dilengkapi pelbagai perkakasan untuk mengoperasikannya.

Ujian makmal pertama dijalankan di Stuttgart pada akhir 2024 dan sebagai persediaan untuk ujian jalan raya yang bermula pada Februari 2025.

Mercedes-Benz memaklumkan bateri keadaan pepejal ini membolehkan jarak pemanduan EQS sehingga 25 peratus lebih jauh.

Selain itu teknologi bateri keadaan membantu dalam menurunkan berat bateri.

 

Mercedes-Benz uji Solid State Battery

 

Ciri-Ciri Teknologi Bateri Keadaan Pepejal 

  • Menggunakan elektrolit pepejal berbanding cecair, meningkatkan keselamatan sel dan membolehkan penggunaan anod baharu seperti litium-logam dan lebih baik daripada sel litium-ion konvensional.
  • Mempunyai ketumpatan tenaga lebih baik bersama anod litium-logam.
  • Berpotensi meningkatkan ketumpatan tenaga gravimetrik sehingga 450 Wh/kg pada sel dan menambah jarak pemanduan.
  • Ketumpatan tenaga gravimetrik merujuk kepada jumlah tenaga yang disimpan dalam sel bateri per unit jisim.
  • Teknologi bateri keadaan pepejal mengurangkan berat bateri dan meningktkan keselamatan sel.

Bateri Keadaan Pepejal Mercedes-Benz EQS (prototaip)

  • HPP dan Pusat Kompetensi Sistem Bateri Mercedes-Benz membangunkan unit prototaip bateri keadaan pepejal dengan sel dari Factorial.
  • Bateri dari Mercedes-Benz dilengkapi pembawa sel terapung (floating cell carrier) inovatif yang telah dipatenkan.
  • Apabila bateri mengecas bahan di dalamnya mengembang dan mengecut semasa nyahcas.
  • Perubahan isipadu dalam sel keadaan pepejal merujuk kepada pengembangan dan pengecutan bahan di dalam bateri semasa proses pengecasan dan nyahcas.
  • Untuk membantu sel semasa perubahan isipadu, bateri keadaan pepejal Mercedes-Benz dilengkapi dengan penggerak (actuator) pneumatik.
  • Penggerak pneumatik berinteraksi dengan perubahan isipadu sel semasa pengecasan dan nyahcas.
  • Mekanisme ini memberi kesan kepada prestasi dan jangka hayat bateri.
  • Bateri pepejal memberikan sehingga 25% lebih jarak pemanduan berbanding bateri EQS standard dengan berat dan saiz yang sama.
  • Kecekapan tenaga dan pengurangan berat tambahan dicapai melalui sistem penyejukan bateri pasif.
  • Kenderaan prototaip dijangka mampu mencapai jarak pemanduan melebihi 1,000 km.
  • Sebagai perbandingan, model EQS 450+ dengan kapasiti bateri 118 kWj boleh dipandu sehingga lebih 800 km.

Dalam beberapa bulan mendatang, Mercedes-Benz akan terus menguji bateri pepejal dan prestasi keseluruhan dalam kenderaan elektrik melalui ujian makmal dan ujian jalan raya.

 

Mercedes-Benz uji Solid State Battery

 

Mercedes-Benz bekerjasama dengan Factorial pada tahun 2021 bagi membangunkan teknologi bateri generasi baharu.

Pada 2024, Factorial menghantar sel bateri pepejal litium-logam kepada Mercedes-Benz. Sel ini menggunakan platform buatan khas mereka, FEST® (Factorial Electrolyte System Technology).

Penghantaran ini merupakan sampel B (prototaip hampir sama produk akhir) bateri pepejal litium-logam pertama kepada pengeluar automotif global.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Mercedes-Benz uji Solid State Battery

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Bawa semula ciri-ciri lama dan lahirkan Mercedes-Benz G-Class Edition Stronger Than the 1980s…
Berita Global
  Model ini dikuasakan enjin enam silinder sebaris 3.0 liter yang telah diubah suai secara…
Berita Global
  Mercedes-Benz menawarkan pelbagai pilihan enjin seperti petrol dengan supercas dan teknologi…