Mercedes Benz terbakar, pemandu dan penumpang sempat selamatkan diri

oleh Hamimah Hamid|
SEORANG pemandu dan penumpang Mercedes Benz berdepan cetik cemas apabila kereta yang dinaiki mereka
terbakar di tepi jalan di kilometer 83, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dekat Gurun.

Dalam kejadian sekitar jam 3.15 petang itu lelaki dan wanita yang menaiki kenderaan terbabit dalam perjalanan ke arah selatan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Guar Chempedak, Penolong Penguasa Bomba, Mohd Fauzi Razali berkata, panggilan kecemasan kejadian diterima sekitar jam 3.18 petang.

 

Katanya, ketika dua jentera dari BBP Guar Cempedak tiba, kenderaan terbabit sudah terbakar hampir 90 peratus di bahu jalan lebuhraya. 

 

"Tiba di lokasi kejadian didapati pemandu kereta sudah keluar dan tidak ada orang dalam kereta terbabit.

 

"Menurut pemandu selepas menyedari kereta nya keluar asap, dia segera memberhentikan kereta di tepi jalan dan keluar menyelamatkan diri," katanya.

 

Mohd Fauzi berkata, operasi pemadaman dilakukan dengan menggunakan dua aliran salur bantu mula.

 

Katanya, api berjaya dipadam sepenuhnya kira-kira pukul 4.08 petang.